Home » , » Leka judi bawah pokok

Leka judi bawah pokok

Written By Berita Setiap Hari on Thursday 22 December 2016 | 16:11


SEGAMAT - Lapan kaki judi yang leka bermain judi di bawah pokok besar di Buloh Kasap, di sini, terkedu selepas disergah sepasukan anggota polis, yang membuat serbuan kira-kira jam 6.45 petang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, dalam serbuan yang dilakukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat, lapan lelaki berumur antara 40 hingga 67 tahun ditahan.

“Serbuan dilakukan berdasarkan risikan dan maklumat orang awam yang melihat aktiviti tidak bermoral tersebut. Kesemua suspek yang ditahan merupakan warga tempatan dan tidak mempunyai pekerjaan tetap.

“Kami turut merampas 52 keping daun terup, sebuah meja empat segi dan wang tunai bernilai RM3,762 dipercayai wang taruhan,” katanya.

Menurutnya, kesemua suspek direman untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger