Home » , » Lelaki Bangladesh ditahan cabul budak 5 tahun

Lelaki Bangladesh ditahan cabul budak 5 tahun

Written By Gaha Belako on Tuesday, 20 December 2016 | 22:29


KOTA TINGGI - Seorang tukang gunting rambut warga Bangladesh ditahan kerana disyaki mencabul kanak-kanak berusia lima tahun di sebuah kedai gunting rambut di Sungai Rengit, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, kejadian pada Isnin kira-kira jam 3 petang ketika pengadu seorang wanita berusia 42 tahun meninggalkan mangsa di kedai berkenaan bersama dua pekerjanya warganegara Bangladesh.

Menurutnya, kira-kira jam 3.30 petang, suami pengadu telah pergi ke kedai dan mendapati mangsa berada di bilik kedai dalam keadaan berkunci bersama seorang pekerja pengadu.

"Suami pengadu terus bertanya kepada lelaki berkenaan apa yang telah dia lakukan pada mangsa namun pekerja pengadu tidak berkata apa-apa.

"Pengadu dan suami telah membawa mangsa ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan doktor mengesahkan terdapat keraguan pada fizikal kemaluan mangsa dan perlu dirujuk ke doktor pakar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rahmat berkata, ekoran itu polis telah menerima aduan berhubung kejadian itu pada jam 12.50 malam semalam.

Katanya, bertindak atas maklumat, anggota Balai Polis Sungai Rengit berjaya menangkap suspek lelaki Bangladesh berusia 30 tahun.

"Suspek telah ditahan reman selama 14 hari di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Immigresen 1959/63 kerana gagal mempamerkan dokumen perjalanan diri.

"Mangsa telah dibawa ke Hospital Sultan Ismail untuk mendapatkan rawatan  pakar. Kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan," katanya lagi.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger