Pasangan kekasih kena cekup di rumah sewa
Written By Berita Setiap Hari on Monday, 24 September 2018 | 20:07
KUALA TERENGGANU - Menggunakan alasan kasihan kepada teman lelaki yang terpaksa berulang alik ke tempat kerja, seorang gadis mengajak kekasihnya itu tinggal bersama di rumah sewanya di Kuala Ibai, di sini.
Rahsia gadis, 16, bersama pasangannya, 25, yang hidup seperti suami isteri akhirnya terbongkar selepas kediaman itu diserbu Penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) Kuala Terengganu, kira-kira jam 1. 45 petang semalam.
Menurut sumber, serbuan dibuat selepas menerima aduan orang awam yang curiga melihat pergerakan pasangan terbabit kerana rumah tersebut turut didiami beberapa wanita lain sebelum ini.
"Semasa serbuan, didapati hanya pasangan itu berada di dalam rumah yang mana si lelaki hanya memakai boxer manakala gadis itu berseluar pendek dan mengenakan baju t tanpa memakai baju dalam.
"Selepas disoal siasat, gadis yang beralamat dari Kampung Banggol Peradong, Kuala Nerus dan pasangannya dari Dungun mengaku tinggal bersama sejak dua minggu lalu.
"Mereka memberi alasan hanya berehat di dalam bilik berkenaan sementara menunggu untuk bekerja pada waktu malam kerana mereka bekerja sebagai pembantu kedai makan di restoran berhampiran," katanya ketika dihubungi.
Kata sumber lagi, hasil siasatan selanjutnya, pasangan ini mengaku sudah menjalin cinta sejak empat bulan lalu dan sepanjang hubungan itu, mereka mengaku pernah beberapa kali terlanjur.
"Namun, mereka memberi alasan dalam perancangan untuk berkahwin tetapi masih dalam tempoh mengumpul duit kerana pendapatan diperoleh sekarang tidak seberapa.
"Gadis tersebut juga mendakwa terpaksa membenarkan teman lelakinya tinggal bersama dalam 'diam' kerana kasihan dan tidak sampai hati melihat lelaki itu berulang alik jauh ke tempat kerja," katanya.
Sementara itu, Pesuruhjaya JHEAT, Wan Ismail Sahaimi Wan Omar ketika dihubungi mengesahkan tangkapan pasangan terbabit.
Jelasnya, pasangan itu ditahan dibawah Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 iaitu perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah.
--SINAR--
Share this article :
Related Articles
- 10,175kg minyak masak peket stok Ramadan cuba diseludup
- Terengganu buka semula aktiviti, pelancongan negeri
- Terengganu benar solat lima waktu berjemaah di semua masjid
- Sultanah Terengganu Saman editor Sarawak Report
- Seorang lagi wanita di jatuhi hukuman Sebat Syarie di terengganu
- Warga emas rugi RM50,000 diperdaya Macau scam
Labels:
Edisi Timur,
Jenayah