Home » » PM: 'Usaha persendirian' untuk bawa pulang Jho Low dari China

PM: 'Usaha persendirian' untuk bawa pulang Jho Low dari China

Written By Berita Setiap Hari on Wednesday, 26 September 2018 | 21:59

Putrajaya sedang berusaha melakukan "usaha persendirian" untuk membawa pulang ahli perniagaan buruan, Jho Low dari China, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Adalah agak sukar bagi kami untuk menuduh China menyembunyikannya, jadi kami berusaha beberapa cara atau usaha persendirian untuk mendapatkan Low dari China," katanya dipetik oleh The Star.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Low berada di CHina, semasa satu pertemuan dengan Majlis Amerika Syarikat mengenai Hubungan Luar di New York.


Mahathir juga menafikan dakwaan bahawa Low mungkin merupakan 'intelligence asset' bagi Beijing.

"Saya tidak fikir begitu. Saya tidak fikir China mempunyai rasa hormat kepadanya sama sekali, "katanya.

Beliau juga berkata, Malaysia tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan China.
--malaysiakini--
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger