Home » » SPRM tahan seorang EXCO Terengganu ambil Anak bekerja dengan syrikat glc negeri

SPRM tahan seorang EXCO Terengganu ambil Anak bekerja dengan syrikat glc negeri

Written By Bp Channel on Saturday, 21 February 2026 | 23:13

 


KUALA TERENGGANU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu menahan seorang EXCO kerajaan negeri kerana disyaki salah guna kedudukan dengan mengarahkan kedua-dua anaknya diambil bekerja di sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri.


Menurut sumber, suspek lelaki berusia 60-an ditahan jam 11.15 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kemaman.


"Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2018 dan 2020.


"Suspek dipercayai menggunakan jawatan dan kedudukannya sebagai EXCO dan Pengerusi Lembaga Pengarah sebuah syarikat untuk mengarahkan kedua-dua anaknya diambil bekerja di dua buah anak syarikat kerajaan negeri," kata sumber itu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Abd Yazid ketika dihubungi mengesahkan penahanan dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.


Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger