mayat abang Kaki, tangan diikat dalam bilik air
Written By Berita Setiap Hari on Thursday, 19 December 2013 | 23:31
BANDARAYA MELAKA - Seorang wanita hampir pengsan apabila menemui mayat abangnya dengan kaki dan tangan diikat dalam bilik air rumah sewanya di Taman Kota Laksamana, di sini, malam semalam.
Wanita berkenaan, Siti Hanis Mokhtar, 27, pergi ke rumah Mohd Yaser Mokhtar, 31, selepas abangnya itu gagal menjawab panggilan telefon atau membalas khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantarnya sejak petang kelmarin.
Menurutnya, dia bersama sepupu, Mohd Zaki Husin, 25, dan seorang ibu saudara ke rumah mangsa kerana bimbang sesuatu yang buruk mungkin berlaku terhadapnya.
“Bagaimanapun, apabila tiba di rumah abang di Taman Kota Laksamana, saya melihat kipas dan lampu terpasang sementara pintu pagar berkunci.
“Saya cuba masuk ke rumah itu dengan membuka pintu pagar menggunakan satu lagi kunci, saya lihat bilik tidur bersepah dan saya cuba cari abang dalam rumah,” katanya.
Tambahnya, sewaktu memeriksa tandas dia terkejut apabila melihat mayat abangnya dalam keadaan terlentang dengan kaki dan tangan berikat, serta ada luka di bahagian perut.
Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, pembayaran itu akan memberi manfaat kepada 8.26 juta pemegang unit yang melanggan "Kali terakhir saya bertemunya pada Sabtu lalu ketika mangsa datang menghantar makanan di rumah keluarga kami di Kampung Pinang, Klebang,” katanya kepada Sinar Harian.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka, Asisten Komisioner Salehhudin Abd. Rahman berkata, polis tidak menolak kemungkinan mangsa mengenali suspek memandangkan tiada tanda rumah diceroboh.
“Kami mendapati terdapat kesan tikaman di bahagian kiri perut mangsa selain tangan dan kakinya diikat,” katanya.
Share this article :
Labels:
Jenayah