Home » » Taktik godam Touch n’ Go terbongkar

Taktik godam Touch n’ Go terbongkar

Written By Berita Setiap Hari on Thursday, 19 December 2013 | 23:10


PETALING JAYA - Rakaman video yang memaparkan aksi seorang individu menggunakan telefon bimbitnya untuk menggodam mesin pengimbas Touch n’ Go di sini, tersebar meluas di laman sosial Facebook, sejak awal minggu ini.
Pada Isnin, seorang pengguna Facebook memuat naik rakaman video berdurasi 45 saat menunjukkan aksi yang berlaku dalam sebuah kereta di lebuh raya yang tidak diketahui.
Posting berkenaan menerangkan bagaimana tindakan seorang penggodam menggunakan telefon pintarnya untuk melangkaui sistem debit sekaligus menyebabkan palang pagar di plaza tol terus terbuka.
Klip video berkenaan memaparkan aksi pemandu kereta itu menggunakan telefon pintarnya sebagai aplikasi di kaunter Touch n’ Go sebaik sahaja dia tiba di plaza tol.
Individu berkenaan dilihat menggunakan telefon pintarnya sebagai alat untuk menggodam mesin pengimbas Touch n’ Go di plaza tol tersebut.
Sebaik sahaja keretanya menghampiri, plaza tol, pemandu berkenaan melekapkan telefonnya di kaunter pengimbas Touch n’ Go.
Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, pembayaran itu akan memberi manfaat kepada 8.26 juta pemegang unit yang melanggan Pegimbas berkenaan kemudiannya mengeluarkan bunyi bip, dan pemandu berkenaan kemudiannya berlalu pergi sebaik sahaja palang tol berkenaan dinaikkan.
Dalam respon segera, wakil Touch n’ Go berkata syarikatnya telah menyedari kewujudan video berkenaan sejak 18 Disember lalu, menurut sumber mStar.
“Buat masa ini, Touch n’ Go sedang menjalankan siasatan menyeluruh dalam isu berkenaan,” kata wakil tersebut.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger