Home » » Bekas Adun Jerteh meninggal dunia

Bekas Adun Jerteh meninggal dunia

Written By Berita Setiap Hari on Tuesday, 12 August 2014 | 22:19

Bekas adun jerteh arwah abdul majid ahmad

BESUT - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Jerteh, Abdul Majid Ahmad, 76, meninggal dunia kira-kira pukul 2 pagi tadi di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan kerana sakit tua.
 
Turut berada di sisi Allahyarham ketika beliau mengembuskan nafas terakhir ialah isterinya Zuraidah Hussin, 58.
 
Anak sulung Allahyarham, Mohd Razif Abdul Majid yang juga Timbalan Pengarah Unit Komunikasi Negeri berkata jenazah bapanya disembahyangkan di kediamannya di Kampung Padang Luas, Jerteh pada pukul 11 pagi sebelum dikebumikan di tanah perkuburan di kampung itu.
 
Allahyarham merupakan wakil rakyat kawasan Dun Jerteh dari 1986 hingga 1990. - Bernama
--AL - FATIHAH
Share this article :
 
Support : Creating Website | Berita Setiap Hari | Berita Setiap Hari
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Berita Setiap Hari
Proudly powered by Blogger