Home » » Mohd Saiful saman Anwar RM50 juta

Mohd Saiful saman Anwar RM50 juta

Written By Berita Setiap Hari on Tuesday 12 August 2014 | 22:00


KUALA LUMPUR:  Mohd Saiful Bukhari Azlan telah menyaman Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menuntut ganti rugi RM50 juta kerana Ketua Pembangkang itu menuduh beliau telah memfitnahnya dan berkonspirasi dengan cara membuat laporan polis berhubung kejadian liwat yang menimpanya.

Bekas pembantu peribadi Anwar itu memfailkan saman tersebut di Mahkamah Tinggi di sini pada 23 Jun lalu.

Peguam Zamri Idrus yang mewakili Mohd. Saiful memberitahu, pada pengurusan kes saman itu hari ini, Timbalan Pendaftar, Norfauzani Mohd. Nordin menetapkan 8 Oktober depan sebagai pengurusan kes.

Katanya, mahkamah memberikan arahan supaya Anwar memfailkan pernyataan pembelaan dalam masa tiga minggu.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger