Home » » Pandu kereta 500 meter tahan sakit

Pandu kereta 500 meter tahan sakit

Written By Berita Setiap Hari on Tuesday 12 August 2014 | 18:53


BESUT - Seorang lelaki terpaksa memandu kereta sejauh 500 meter ke Balai Polis Kuala Besut dalam kesakitan dan berlumuran darah selepas ditetak lelaki dikenali dalam kejadian di pekan Kuala Besut, di sini, Ahad lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, mangsa berusia 49 tahun dan bekerja sendiri itu tiba kira-kira jam 10.30 pagi dalam keadaan keadaan berlumuran darah di kepala dan bahu.

Menurutnya, mangsa memaklumkan dia ditetak seorang lelaki dikenali dengan sebilah pedang ketika hendak keluar dari kereta berdekatan jeti pelancongan di pekan Kuala Besut.

“Selepas menetak mangsa, suspek melarikan diri manakala mangsa memandu sendiri ke balai polis bagi mendapatkan bantuan.

“Mangsa dibawa ke Hospital Besut untuk rawatan, tetapi dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian untuk rawatan lanjut,” katanya.

Noorzainy berkata, mangsa dalam keadaan stabil dan motif kejadian berpunca dendam lama.

Katanya, siasatan lanjut bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian dan usaha memburu suspek sedang giat dijalankan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya," katanya.
--sinar
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger