Home » » Exco PAS rangka strategi bersama MB teruskan pentadbiran di Selangor

Exco PAS rangka strategi bersama MB teruskan pentadbiran di Selangor

Written By Bp Channel II on Tuesday, 12 August 2014 | 08:21


SHAH ALAM: Exco Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr Ahmad Yunus Hairi mengesahkan terdapat perbincangan antara beliau dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung strategi untuk meneruskan pentadbiran Selangor tanpa DAP dan PKR.

Bagaimanapun ia hanya sekadar perbincangan singkat antara beliau dan Khalid tanpa kehadiran exco-exco yang lain.

"Tak ada apa perbincangan, cuma saya berjumpa beliau dalam dua tiga minit untuk melihat bagaimana exco yang tinggal ini untuk kita merancang menguruskan negeri Selangor dan rakyat," katanya kepada pemberita sewaktu ditemui di lobi bangunan SUK sebentar tadi.

Malah ADUN Sijangkang itu yang ditanya lanjut tentang pertemuannya dengan Khalid hanya mengulangi pendirian bahawa kesemua exco daripada PAS akan berpegang dengan pendirian tertinggi parti berkenaan untuk tidak meletakkan jawatan dan terus mendokong kepimpinan ADUN Pelabuhan Klang itu.

"PAS kita putuskan bahawa kita tidak meletakkan jawatan. Itu saja yang saya boleh beri komen.

"Saya tak tahu (status exco yang lain). Setakat ini exco PAS masih memegang jawatan sebagaimana yang dikehendaki PAS Pusat," katanya.

Sementara itu seorang lagi exco PAS yang memegang portfolio Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Samad juga senada dengan Ahmad Yunus.

"Sekarang ini kita akan kekal sebagai exco.

"Saya rasa sekarang ni perlu teruskan kerja demi memastikan rakyat dapat khidmat terbaik. Akur dengan keputusan yang diperkenan tuanku‎," kata beliau.

Iskandar yang juga ADUN Chempaka berkata, beliau akan berjumpa Khalid sebentar lagi, namun bukan untuk membincangkan isu kemelut menteri besar sebaliknya bagi membincangkan perkara berkaitan isu perumahan. http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7Wlb5VmaQ==
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger