Home » » Sultan Selangor tolak permohonan untuk Azizah mengadap

Sultan Selangor tolak permohonan untuk Azizah mengadap

Written By Berita Setiap Hari on Tuesday 12 August 2014 | 05:16


SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menolak untuk menerima mengadap daripada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi memberi penjelasan tentang keputusan parti itu berhubung kedudukan Menteri Besar Selangor.

Setiausaha Sulit baginda, Datuk Munir Bani dalam satu kenyataan  hari ini menjelaskan, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 10 Ogos (Ahad) mengutuskan surat meminta perkenan Sultan Selangor untuk menerima menghadap isterinya.

"Surat permohonan ini telah dipersembahkan kepada DYMM Sultan Selangor pada hari Isnin 11 Ogos 2014 dan baginda menitahkan saya supaya memaklumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa baginda tidak berkenan menerima mengadap Presiden PKR untuk tujuan memberi penjelasan, atas alasan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah pun mengadap baginda berkaitan kedudukan beliau sebagai Datuk Menteri Besar Selangor," petik kata Munir dalam kenyataan tersebut.

Jelas Munir lagi, Sultan juga berpendapat pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai ahli PKr tidak menjejaskan kedudukan beliau sebagai ADUN dan Menteri Besar.

"Baginda tidak mahu campur tangan dalam isu dalam PKR," demikian petik kenyataan tersebut.

Khalid pada Sabtu lalu dipecat daripada PKR kerana keengganan beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor dan memberi laluan kepada Azizah menjadi pengganti beliau.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger