Home » » Ibu Pejabat PAS Mahu Exco PAS Tidak Letak Jawatan

Ibu Pejabat PAS Mahu Exco PAS Tidak Letak Jawatan

Written By Berita Setiap Hari on Sunday 10 August 2014 | 16:04


Difahamkan Ibu Pejabat Parti PAS telah pun mengarahkan semua Exco Kerajaan Negeri di Dewan Undangan Negeri Selangor mereka supaya tidak meletakkan jawatan.

PAS memiliki empat anggota Exco dalam kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Selain itu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) ada tiga anggota Exco dan DAP juga tiga.

Tindakan itu dipercayai dilakukan untuk memastikan Exco PAS yang memegang bilangan kerusi paling banyak dalam Pakatan Rakyat di Dewan Undangan Negeri iaitu sebanyak 15 kerusi terus kekal dalam kerajaan negeri untuk menyokong Abdul Khalid.

Bilangan kerusi itu sama dengan yang dimenangi DAP iaitu 15 kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

PKR bagaimanapun hanya memiliki 14 kerusi sahaja dan kini hanya 13 selepas Abdul Khalid dipecat dari parti semalam kerana ingkar arahan parti.



Partinya mahu Abdul Khalid memberi laluan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Dr Wan Azizah adalah isteri kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tidak diketahui adakah keputusan Ibu Pejabat PAS yang mahukan Exco dari parti mereka dikekalkan jawatan adalah petanda ada perbincangan yang akan dilakukan dengan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor dari Barisan Nasional (BN).

Parti DAP pula mengambil ketetapan untuk terus memegang jawatan Exco sehingga Abdul Khalid diganti kelak. Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Esok, Majlis Penasihat Raja-Raja Selangor akan bermesyuarat bagi membincangkan isu berkaitan kemelut Menteri Besar Selangor ini yang terus berlarutan. – MYNEWSHUB.MY
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger