Home » » PAS sentiasa buka pintu kepada Khalid - Mat Sabu

PAS sentiasa buka pintu kepada Khalid - Mat Sabu

Written By Berita Setiap Hari on Sunday 10 August 2014 | 16:23


SHAH ALAM: PAS Pusat terbuka kepada sebarang kemungkinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim memohon mentertai parti itu, kata Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu.

"Itu (dakwaan Khalid mahu sertai PAS) kita akan bincangkan," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka PAS di Taman Melewar hari ini.

Beliau mengulas demikian sebagai reaksi kepada kenyataan pemangku Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Ahmad Yakob yang menyatakan Khalid bebas untuk memohon menyertai PAS susulan pemecatannya oleh PKR semalam.

"Terpulang kepada dia untuk sertai PAS kerana beliau bukan lagi ahli PKR. Apapun kita menunggu hasil perjumpaan beliau dengan susulan Selangor untuk beliau menyusun langkah selanjutnya," kata Ahmad Yakob.

Desas desus sebelum ini mengatakan Khalid mungkin akan menyertai PAS memandangkan beliau mendapat sokongan padu daripada presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat, untuk terus menjadi Menteri Besar Selangor.

Khalid juga sebelum ini memuat naik dua keping gambar masing-masing bersama Hadi dan Nik Aziz yang membayangkan beliau mempunyai hubungan baik antara kedua-dua tokoh politik itu.

Sokongan Hadi dan Nik Aziz terhadap Khalid menyaksikan kemelut jawatan Menteri Besar itu semakin meruncing sehingga PKR tidak mempunyai cara lain, selain memecat Khalid.

Khalid menerima keputusan itu walaupun berpandangan tindakan tersebut dibuat menyalahi peruntukan undang-undang parti.

Khalid berkata beliau tidak akan memberikan sebarang ulasan mengenai isu itu, dan hanya berbuat demikian selepas berjumpa Sultan Selangor . - antarapost
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger