Home » » Khalid saman portal The Malaysian Insider

Khalid saman portal The Malaysian Insider

Written By Berita Setiap Hari on Tuesday 12 August 2014 | 04:48


SHAH ALAM: Selepas mengambil tindakan undang-undang terhadap PKR, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bertindak memfailkan saman terhadap terhadap portal berita The Malaysian Insider semalam.


Portal yang dikatakan mesra pembangkang itu didakwa menyiarkan satu siri artikel dan ulasan terhadap beliau, seolah-olah ia menjalankan kempen "anti-Khalid".

Antara lain, ia mempersoalkan penyelesaian RM70 juta pinjaman Menteri Besar Selangor itu dengan Bank Islam di mana beliau telah memfailkan tuntutan balas terhadap bank itu, dan juga dalam menangani isu Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex).

Khalid memfailkan saman itu melalui peguamnya New Sin Yew dari firma guaman Bon Advocates di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Beliau menamakan Ketua Pegawai Eksekutif dan editornya, Jahabar Sadiq dan editor Bahasa Malaysia, Amin Shah Iskandar, sebagai defendan.

Turut dinamakan ialah The Edge Communications Sdn Bhd, yang mengambil alih portal berita itu enam bulan lepas.

Beliau juga memohon ganti rugi teruk dan teladan dan penarikan balik artikel berkenaan.

Semalam Khalid turut menghantar notis undang-undang kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong bersabit pemecatannya daripada parti Sabtu lalu.

Beliau menuduh PKR melanggar prosedur parti dan bertindak di luar bidang kuasanya dalam membicarakan beliau.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger