Home » » Kit Siang: Jangan benarkan Khalid sertai PAS

Kit Siang: Jangan benarkan Khalid sertai PAS

Written By Berita Setiap Hari on Sunday 10 August 2014 | 19:27


SHAH ALAM: Penasihat DAP Lim Kit Siang memberi amaran kredibiliti Pakatan Rakyat akan hancur jika PAS menerima masuk Tan Sri Khalid Ibrahim dalam parti itu semata-mata untuk mendapatkan kerusi menteri besar Selangor.

"Adalah amat menjengkelkan bagi  sesiapa cuba menangguk di air keruh dengan melayan kemungkinan Khalid menyertai PAS atau DAP supaya PAS atau DAP boleh menuntut kerusi MB Selangor,” kata beliau.

Lim berkata keutamaan parti komponen tidak harus menjurus siapa mempunyai kerusi paling banyak  dalam DUN Selangor tetapi bagaimana untuk memulihkan imej PR yang tercalar teruk.

Beliau bersyukur bahawa PAS, PKR dan DAP sebulat suara bersetuju untuk kekal dalam Pakatan Rakyat dan mencari penyelesaian terhadap isu Khalid.

"Ini masa untuk menyelamatkan Pakatan, masa untuk pemimpin PAS, PKR and DAP menunjukkan komitmen untuk mempamerkan nilai-nilai yang selari dengan prinsip dan perjuangan Pakatan,” kata Kit Siang.

Kenyataan itu dibuat setelah Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Ahmad Yaakob berkata parti itu terbuka kepada sebarang niat Khalid untuk menyertai PAS  setelah beliau dipecat oleh PKR.

PKR memecat Khalid untuk memaksanya berundur sebagai MB Selangor dan digantikan dengan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

DAP memberi sokongan bulat kepada tindakan PKR itu namun pimpinan tertinggi PAS mahu Khalid dikekalkan sebagai MB malah terbuka kepada cadangan untuk beliau menyertai PAS.

Jawatankuasa Pusat PAS akan bermesyuarat Ahad depan untuk membuat keputusan muktamad mengenai Khalid.
--- SUMBER
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger