Home » » DAP mohon ampun pada Sultan Selangor

DAP mohon ampun pada Sultan Selangor

Written By Media Baru Besut on Monday 8 September 2014 | 21:38


SHAH ALAM – DAP hari ini memohon ampun kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kerana parti itu telah menyebabkan tuanku berasa dukacita terhadap keputusannya mengemukakan hanya satu nama iaitu Adun Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai  calon menteri besar baharu.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng bagaimanapun berkata, meskipun parti itu gagal memenuhi permintaan tuanku supaya mengemukakan lebih dua nama bagi jawatan itu, namun pihaknya sentiasa setia dan mempertahankan institusi Raja Berperlembagaan itu.

“Saya ingin memohon ampun kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor kerana telah menyebabkan tuanku merasa dukacita terhadap keputusan parti DAP mengemukakan nama Adun Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sahaja sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

“Keputusan DAP itu telah dicapai selepas rundingan dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ia mengikut konvensyen yang dituruti sebelum ini berkaitan dengan lantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor pada 2013,” katanya dalam satu kenyataan medianya, hari ini.
--sinar

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger