Home » » Pelajar tendang perut selamat maruah

Pelajar tendang perut selamat maruah

Written By Media Baru Besut on Tuesday 9 September 2014 | 20:56


KUALA TERENGGANU - Keberanian pelajar tingkatan satu melawan dua lelaki yang cuba mencabulnya dengan menendang suspek menyelamatkannya daripada menjadi mangsa dalam kejadian di Kampung Geliga, Chukai dekat Kemaman, Jumaat lalu.
Mangsa berusia 13 tahun keluar dari rumah jam 9.45 malam dan memaklumkan kepada ibu mahu ke kedai bersama rakan perempuan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang bermalam di rumah rakan didatangi dua lelaki dikenali.

“Suspek berusia 18 tahun memegang tangan mangsa, manakala seorang lagi berusia 22 tahun cuba membuka seluar mangsa.
“Bimbang dicabul atau dicederakan, mangsa menjerit sekuat hati sambil meronta-ronta melepaskan diri sebelum mulutnya ditutup bagi mengelak perbuatan jahat mereka terbongkar.
“Pada masa sama, seorang lagi suspek memegang kaki mangsa dan ketika itu “Mangsa memberanikan diri menendang perut suspek bagi mempertahankan maruah,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini, semalam. Menurutnya, tindakan mangsa berhasil apabila suspek membatalkan niat jahat mereka sebelum segera melarikan diri, lapor Hmetro.

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger