Home » » Penculik Van Putih dibelasah orang awam

Penculik Van Putih dibelasah orang awam

Written By Media Baru Besut on Monday 8 September 2014 | 23:57


PASIR GUDANG - Cubaan berani seorang lelaki untuk menculik seorang kanak-kanak perempuan di Pasir Gudang, Johor beberapa hari lepas gagal apabila suspek berjaya di tahan oleh pihak polis dengan bantuan penduduk setempat, di sini.
Lebih malang, suspek turut dibelasah dan ‘diratah’ oleh orang awam yang berada di tempat kejadian. Menurut laporan sebuah blog, suspek berbangsa Cina dan merupakan warganegara Malaysia.
Suspek yang menggunakan sebuah kenderaan pacuan empat roda berwarna putih dikatakan cuba menarik mangsa namun dihalang oleh ibu mangsa sebelum di pukul oleh orang awam.

 Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Abdul Samad Salleh ketika dihubungi Malaysian Digesthari ini mengesahkan bahawa kejadian berlaku pada 6 September lalu.
Katanya, suspek kini ditahan reman selama lima hari dan akan didakwa mengikut Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan.
Dalam perkembangan yang sama, beliau berkata selepas ujian air kencing dijalankan, suspek didapati positif dadah. Bagaimanapun Abdul Samad enggan mengulas lanjut dan mendedahkan identiti suspek.
Terdahulu, gambar suspek di belasah oleh orang awam menjadi viral di laman sosial dan beberapa blog, lapor Malaysian Digest.


Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger