Home » » Banjir: 47 orang dipindahkan di Kuala Terengganu sehingga pagi ini

Banjir: 47 orang dipindahkan di Kuala Terengganu sehingga pagi ini

Written By Berita Setiap Hari on Tuesday 18 November 2014 | 01:24


KUALA TERENGGANU: Jumlah mangsa banjir di Kuala Terengganu meningkat kepada 47 orang sehingga pagi ini, berbanding 20 orang petang semalam.

Menurut kenyataan banjir dalam portal etindakan.terengganu.gov.my hari ini, mangsa yang terdiri daripada 15 keluarga, dipindahkan apabila kawasan kediaman di Chendering di sini dan Gong Badak di Kuala Nerus dinaiki air petang semalam
Seramai 38 orang daripada mereka kini ditempatkan di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Cendering manakala sembilan orang lagi di Dewan Sivik Gong Badak.

Sementara itu, keadaan cuaca di sekitar Kuala Terengganu pagi ini mendung setelah hujan lebat sejak petang semalam. - BERNAMA
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger