Home » » DAP jangan salahkan Pas, jika berlaku apa-apa - Mohd Amar

DAP jangan salahkan Pas, jika berlaku apa-apa - Mohd Amar

Written By Berita Setiap Hari on Wednesday, 27 May 2015 | 21:53


KOTA BHARU - “Kalau berlaku apa-apa selepas ini, pihak DAP dan siapa-siapa pun tidak boleh menyalahkan Pas,” kata Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Tanpa menjelaskan perkara sebenarnya yang bakal berlaku sama ada Pas  keluar dari PR  atau sebagainya, Mohd Amar berkata, perkara berkenaan terjadi kerana melihat kepada kelantangan pimpinan sesama PR  seperti tidak menghormati Pas.

Menurutnya, dalam situasi sekarang pelbagai kemungkinan boleh berlaku pada masa akan datang dan ini kerana  orang Pas sendiri mempunyai hati serta perasaan apabila dihina apatah lagi menyentuh mengenai Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Apabila Presiden (Abdul Hadi) mereka dihina dan dikata macam-macam mungkin mereka akan bertindak balas dan kemungkinan akan berlaku lebih dari yang sepatutnya.

“Sebab itulah kalau berlaku apa-apa selepas ini maknanya dia kena sedia dan terima dan jangan salahkan siapa-siapa,” katanya kepada media selepas menghadiri Mesyuarat Mingguan Exco di Kompleks Kota Darul Naim semalam.

Mohd Amar mengakui, akhir-akhir ini tindakan DAP sudah melebihi daripada sepatutnya apabila berani menyerang Presiden Pas secara terbuka menggunakan bahas yang dianggap kasar.
Mengulas lanjut mengenai kritikan terhadap Abdul Hadi  secara terbuka itu, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar berkata, jika dilihat dari sudut negatif, DAP sengaja menimbulkan provokasi yang kemungkinannya untuk mendesak Pas keluar dari PR.

Ditanya, sama ada sekarang adalah masa sesuai untuk Pas memikirkan semula hubungan dalam PR, Mohd Amar  berkata, keputusan diserahkan kepada muktamar.

“Muktamar sahaja yang boleh mengubah keputusan…. Kita tengok orang Pas memang merasainya dan amat tidak berpuas hati dengan sikpa yang ditunjukkan DAP kerana sudah lebih… Ini sesuatu yang sukar untuk kita terima.

“Ini (kelantangan) tidak dapat menenangkan  suasana dan boleh menimbulkan ketegangan perasaan dalam kalangan ahli Pas sendiri. Ini tidak sepatutnya berlaku. Jika DAP sendiri betul-betulkan sayang PR dia sepatutnya menjaga tingkah laku dan perkataan,” katanya.

Mohd Amar juga menyamakan pihak yang suka mengkritik pemimpin dalam parti mereka sama seperti DAP.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger