Home » » Maut motor bertembung lori

Maut motor bertembung lori

Written By Berita Setiap Hari on Wednesday 27 May 2015 | 22:00


JERTEH - Seorang lelaki yang pulang dari menjalani rawatan terapi di Hospital Besut, maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah lori di Kampung Alor Keladi, Hulu Besut, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10.50 pagi itu, mangsa Che Lee Mat Zain, 52, maut di tempat kejadian apabila mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Kamsani Hassan berkata, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan pulang dari Hospital Besut ke rumahnya di Kampung Awek dekat Darau, Hulu Besut.

Menurutnya, mangsa yang menunggang motosikal Honda EX5 itu dari arah Jertih ke Pasir Akar dan apabila tiba di tempat kejadian, motosikal yang ditunggang mangsa dikatakan terbabas sendirian dan memasuki laluan bertentangan.

“Pada masa sama, datang sebuah lori jenis Dahaitsu dari arah bertentangan dan pemandu lori berusia 31 tahun itu membrek kenderaannya namun kerana jarak yang dekat menyebabkan pertembungan berlaku,” katanya.

Kamsani berkata lagi,  kemalangan itu menyebabkan mangsa yang tidak memakai topi keledar melambung ke atas jalan raya  dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Besut untuk bedah siasat dan punca kematian dipercayai akibat kecederaan di beberapa bahagian badan termasuk kepala.

Ujian saringan air kencing ke atas pemandu lori yang berasal dari Kampung Gajah Mati, Semerak, Pasir Putih, Kelantan mendapati, negatif dadah.





PROMOSI ASTRO NJOY
SIAP PASANG RM263 harga asal rm400 lebih
*Tiada kontrek
*Tiada Yuran Bulanan
*Promosi Terhad 30 Pelanggang terawal sahaja
Nikmati 25 saluran TV & 20 saluran radio percuma.
Njoi adalah servis TV satelit percuma. Dunia hiburan, pembelajaran dan informasi
cepat daftar selagi stok masih ada
whatsapp CAL ke no - 01129206584
****SET DERCODER RECOND
(untuk pemasangan dalan negeri terengganu sahaja)

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger