Home » » 20,000 Hadiri Rumah Terbuka Menteri Pendidikan II

20,000 Hadiri Rumah Terbuka Menteri Pendidikan II

Written By Berita Setiap Hari on Monday 20 July 2015 | 23:50


Kesesakkan kenderaan di jalan raya sekitar daerah Besut tidak mematahkan semangat penduduk negeri ini untuk menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri yang diadakan serentak di tempat berasingan  membabitkan tiga pemimpin kerajaan di daerah Besut.

Rumah terbuka Menteri Pendidikan II, Dato’ Seri Idris Jusoh yang juga Ahli Parlimen Besut, menjadi tumpuan orang ramai apabila lebih 20,000 tetamu berkunjung ke rumah terbuka yang diadakan di Dewan Majlis Daerah Besut (MDB), Gong Kemuntong, dekat Jertih.
Tetamu yang hadir dihidangkan dengan pelbagai juadah makanan tradisional yang berkonsepkan “Gerai Perahu” yang turut dihadiri penduduk pelbagai kaum dari seluruh negeri ini.
Rumah terbuka Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, turut dibanjiri lebih 5,000 tetamu jemputan yang datang dari kawasan DUN berkenaan.
Menariknya, majlis yang diadakan di Dewan Terbuka Muara Kuala Besut itu, turut menjadi pilihan pelancong asing yang kebetulan singgah untuk meneruskan perjalanan ke Pulau Perhentian turut berkongsi pengalaman dengan penduduk setempat.
Seorang lagi pemimpin daerah itu, Penasihat Agama Kepada Perdana Menteri, Tan Sri Dr Abdullah Md Zin, mengadakan rumah terbuka dikediaman beliau di Kampung Alur Lintang, Besut.
Sementara itu, Ahli Exco Kerajaan Negeri, Nawi Mohamad yang juga ADUN Hulu Besut, mengadakan rumah terbuka lebih awal yang berlangsung di Pejabat Penyelaras DUN Hulu Besut, di Kampung Pasir Akar.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger