Home » » Kanak-kanak 5 tahun dirogol ‘Panjang’

Kanak-kanak 5 tahun dirogol ‘Panjang’

Written By Berita Setiap Hari on Saturday 15 August 2015 | 18:15


Kuala Lumpur – Seorang lelaki berusia 30 tahun ditahan semalam, selepas dipercayai merogol seorang budak perempuan berusia lima tahun hingga berlaku pendarahan pada kemaluan di padang permainan Taman Mahsan, Bahau di sini, kelmarin.

Harian Metro melaporkan Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias berkata kejadian berlaku jam 9.30 malam selepas mangsa bermain dengan anak jirannya sebelum dirogol suspek yang juga jirannya.

Beliau berkata kejadian disedari ibu mangsa berusia 38 tahun apabila anaknya pulang ke rumah sambil menangis dan enggan bercakap.

“Selepas dipujuk ibunya, mangsa memberitahu seorang lelaki dikenali sebagai ‘Panjang’ membawanya ke kawasan hujung padang sebelum menunjukkan kemaluan.

“Kanak-kanak itu mengadu kesakitan pada kemaluan menyebabkan wanita itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol,” katanya.

Menurutnya, ibu bapa mangsa kemudian membawa anaknya ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah sebelum doktor memaklumkan mangsa dipercayai dirogol.

“Sehubungan itu, gerakan memburu lelaki terbabit dijalankan sebelum suspek berjaya ditahan di sekitar Bahau pada jam 1 petang tadi (semalam),” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger