Home » » OKT lolos ditahan semula

OKT lolos ditahan semula

Written By Berita Setiap Hari on Friday 25 November 2016 | 08:31


KAMPUNG RAJA – Orang kena tangkap (OKT) yang meloloskan diri ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Besut, pagi Isnin lalu, berjaya ditahan semula dengan bantuan keluarganya, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, suspek kes memiliki dadah berusia 24 tahun itu ditahan ketika sedang makan di sebuah kedai, kira-kira jam 10.40 malam.

Menurutnya, suspek meloloskan diri daripada jagaan polis ketika hendak dibawa ke mahkamah, dengan melucutkan gari daripada tangan sebelum melompat pagar sebuah jabatan kerajaan yang terletak berhampiran.

“Gerakan mencari dilakukan di sekitar daerah dengan dibantu Unit Anjing Pengesan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu dan Kelantan sehingga suspek ditahan di Kampung Raja, malam kelmarin.

"Kita turut menahan enam suspek lain membabitkan pengedar dan penagih dadah, termasuk bapa dan abang ipar suspek yang lolos, selain merampas sepucuk senapang angin buatan sendiri di Jabi," katanya.

Tambah Mohd Zamri, saringan air kencing juga mendapati kesemua suspek positif dadah.

"Suspek yang lolos akan direman empat hari dan disiasat di bawah Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan kerana melarikan diri daripada tahanan, selain kes sedia ada di bawah Seksyen 12(2) dan 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Kita turut berterima kasih kepada orang awam yang membantu polis hingga suspek tertangkap dalam tempoh 50 jam," katanya.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger