Home » , » Sasaran 15,000 Pengunjung Untuk “TERENGGANU INTERNATIONAL BIKE MEET’ – Tengku Zaihan

Sasaran 15,000 Pengunjung Untuk “TERENGGANU INTERNATIONAL BIKE MEET’ – Tengku Zaihan

Written By Berita Setiap Hari on Friday, 25 November 2016 | 08:36


Terengganu International Bike Meet (TIBM) 2016 bakal berlangsung selama tiga hari bermula 25 November ini, bertempat di Pulau Warisan Kuala Terengganu yang membabitkan himpunan 5000 peminat dan pemilik sukan bermotor dari beberapa buah negara.


Program anjuran Kerajaan Negeri melalui sekretariat Beautiful Terengganu ini diseleraskan oleh Terengganu Riders Group yang turut melibatkan 3800 peserta diantaranya 10 (Indonesia) , 500 (Thailand), 20 (Brunei) serta 300 dari Singapura yang berdaftar setakat ini.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan II, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman berkata, program yang akan diadakan tersebut bakal dijadikan sebagai platform untuk mempromosikan Visit Beautiful Terengganu 2017 (TMT2017) selain menghimpunkan peminat-peminat permotoran.

Katanya , kita di pihak Kerajaan Negeri menganggarkan impak yang positif hasil daripada program TIBM 2016 ini dengan mensasarkan lebih 15,000 pengunjung dan memenuhi Pulau Warisan pada 25 hingga 27 November ini.

“Kerajaan negeri juga berharap agar program ini dapat mempromosikan lokasi-lokasi yang menarik di Terengganu serta makanan-makanan yang menjadi daya tarikan kepada pengunjung sama ada dari dalam atau luar negara,” katanya ketika ditemui pemberita pada sidang media TIBM 2016 di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.

Turut hadir, Pengurus Promosi Sekretariat Beautiful Terengganu, Ahmad Fathil Abd Ghani, Penyelaras Acara TIBM 2016, Muhammad Sharif Majhardeen.
Selain dari itu, beliau berkata, daripada jumlah yang telah disasarkan, dianggarkan hampir 70 peratus daripadanya merupakan peserta daripada luar negara.

Tambahnya, peserta-peserta yang bakal melibatkan diri dalam TIBM akan menjadi duta kecil kepada Terengganu dalam mempromosikan destinasi-destinasi menarik di negeri ini.

TIBM 2016 bakal dirasmikan oleh Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman pada 26 November ini pada pukul 8.30 malam di Pulau Warisan, Kuala Terengganu.

Artis tersohor tanah air, Amy Search bakal membuat persembahan di program itu nanti disamping pengunjung bakal disaljikan dengan pelbagai acara lain seperti pertunjukan pocket bike, skill riding dan pelbagai lagi.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger