Home » , » Curi motosikal: Lima penagih dadah ditahan

Curi motosikal: Lima penagih dadah ditahan

Written By Berita Setiap Hari on Thursday 22 December 2016 | 16:07


BUKIT MERTAJAM - Polis menahan lima penagih dadah dipercayai anggota geng curi motosikal dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Padang Ibu, Kubang Semang di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata, dalam serbuan pada 12 tengah hari itu, polis turut menemukan 4.2 gram dadah syabu dan pil ecstacy serta sebuah motosikal Yamaha 125z yang dilaporkan hilang di Perai baru-baru ini.

Katanya siasatan awal mendapati lima lelaki berumur 24 hingga 28 tahun berkenaan dipercayai terlibat lebih 20 kes curi motosikal di sekitar daerah SPT dan Seberang Perai Utara (SPU) dan menjadikan rumah berkenaan sebagai tempat menyimpan motosikal curi.

Beliau berkata, modus operandi mereka adalah mencuri motosikal sebelum menjualnya dengan harga murah atau meleraikan komponen kenderaan itu untuk dijual.

Nik Ros Azhan berkata, lima suspek yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan positif dadah itu kini direman bagi membantu siasatan kes berkenaan. - Bernama
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger