Home » , » Padah ugut ibu

Padah ugut ibu

Written By Gaha Belako on Sunday, 18 December 2016 | 16:46


KUALA TERENGGANU - Seorang pemuda dijatuhi hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, di sini, semalam, selepas mengaku salah mengugut ibunya gunakan sebilah pisau dan sebatang kayu.

Keputusan dibuat selepas Mohammad Ashraf Hashim, 21, dari Kampung Paloh, Sungai Kiat, di sini, mengaku lakukan ugutan jenayah terhadap Norliza Hanafi, 49, di rumah mereka di Kampung Paloh, Sungai Kiat, di sini.

Dia mengaku salah mengugut akan mengapa-apakan mangsa menggunakan sebilah pisau dan sebatang kayu kira-kira jam 9.30 pagi, pada 27 November lalu, yang merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

Bagi kesalahan itu, Mohammad Ashraf yang tidak bekerja berdepan hukuman penjara sehingga dua tahun atau boleh dikenakan denda, atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Dunstan Muda di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.

Berdasarkan fakta kes, semasa mangsa berada di rumah, anaknya (Mohammad Ashraf) meminta wang RM300, bagaimanapun tidak diendahkan kerana tidak tahan melayan kerenahnya  setiap hari meminta wang.

Bengang permintaan tidak dilayan, Mohammad Ashraf mengugut mahu mengapa-apakan mangsa serta ahli keluarga lain sambil mengambil sebilah pisau serta sebatang kayu bertujuan untuk menakutkan mereka sekeluarga.

Mangsa yang tidak tahan perangai anaknya itu yang gemar mengamuk setiap kali permintaan tidak ditunaikan membuat laporan polis sebelum dia ditahan keesokan harinya (28 November) kira-kira jam 1.50 pagi.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger