Home » » Jalan Gua Musang-Cameron Highlands ditutup 2 jam

Jalan Gua Musang-Cameron Highlands ditutup 2 jam

Written By Gaha Belako on Tuesday, 3 January 2017 | 21:54


GUA MUSANG - Jalan Gua Musang - Cameron Highlands terpaksa ditutup kepada lalu lintas selama lebih dua jam ekoran kejadian tanah runtuh di Kilometer 97, petang semalam.

Ketua Polis Daerah, Superitendan Rajab Ahad Ismail berkata, kejadian kira-kira jam 5 petang itu disebabkan hujan lebat yang berlarutan di kawasan berkenaan.

Katanya, ekoran kejadian yang menjejaskan kawasan sepanjang 150 meter itu, jalan terpaksa ditutup sementara dan dibuka semula untuk lalu lintas pada jam 7.30 petang.

"Hujan lebat yang berterusan menyebabkan lereng bukit runtuh mengakibatkan aliran lumpur beserta kayu jatuh menutup sebahagian jalan utama berkenaan.

"Kita menerima aduan daripada pekerja di tapak pembinaan berhampiran mengenai kejadian itu dan anggota dari Pondok Polis Lojing diarahkan ke tempat kejadian.

"Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dan kerja-kerja membersihkan kawasan runtuhan dilakukan bersama orang awam, pemilik tanah dengan bantuan polis," katanya lagi.

Tambah Rajab, pengguna yang melalui jalan berkenaan diminta berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling di musim tengkujuh ini. - sinar
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger