Home » » Ketua BERSATU Ampang tunggu surat hitam putih pemburan BERSATU Ampang

Ketua BERSATU Ampang tunggu surat hitam putih pemburan BERSATU Ampang

Written By Berita Setiap Hari on Thursday 27 September 2018 | 08:12


Ketua Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) bahagian Ampang, Zulkifly Mohamad mendakwa pembubaran bahagian itu tidak muktamad selagi belum menerima surat rasmi daripada parti itu.

Zulkifly yang tidak dimaklumkan mengenai pembubaran itu berkata beliau berasa terkejut dan mendakwa tidak pernah melakukan sebarang kesalahan sepanjang mengetuai bahagian berkenaan.

"Pembubaran tersebut belum lagi muktamad sebab saya tidak menerima apa-apa surat hitam putih daripada pucuk pimpinan.

"Saya tak tahu melainkan dinyatakan secara hitam putih,’’ jelas beliau ketika dihubungi Malaysiakini.

Terdahulu Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan BERSATU Negeri Sembilan dan dua bahagian iaitu Ampang dan Subang dibubarkan kerana mempunyai 'banyak masalah'.

Menurut Muhyiddin, Tan Sri Rais Yatim akan mengetuai penubuhan baru BERSATU di Negeri Sembilan, manakala dua bahagian di Selangor itu akan diselaraskan oleh Ketua Badan Pimpinan BERSATU Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari.


Ketika ditanya apa masalah tersebut, Muhyiddin berkata bahagian-bahagian berkenaan membuat banyak perkara bertentangan perlembagaan parti seperti membuat laporan polis, mengadakan sidang media untuk 'menjatuhkan parti' dan beberapa perkara lain.

Bagaimanapun menurut Zulkifly, sepanjang pengetahuannya BERSATU bahagian Ampang tidak mempunyai sebarang masalah sebagaimana didakwa Muhyiddin.

Beliau menganggap dakwaan itu timbul kerana ada pihak cuba 'mensabotaj' dan merebut jawatan dalam bahagian berkenaan.

"Setahu saya, saya tak ada melanggar peraturan parti jadi saya pun tak tahulah, sebab yang kukuh dibubarkan," jelasnya.
--malaysiakini--

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger