Home » , » Padah ikut nafsu, dua pelajar IPTA didenda

Padah ikut nafsu, dua pelajar IPTA didenda

Written By Berita Setiap Hari on Wednesday 26 September 2018 | 21:16


KUALA TERENGGANU- Sepasang kekasih dari sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), di sini, didenda RM2,900 oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu hari ini kerana melakukan persediaan untuk persetubuhan luar nikah.

Pasangan yang berusia 21 tahun dari Perak itu, turut berdepan hukuman dua bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda.


Hakim Syarie membuat keputusan selepas kedua-duanya mengaku bersalah melakukan perbuatan tidak bermoral di sebuah hotel bajet, di Jalan Sultan Ismail, di sini, kira-kira jam 2.15 pagi, pada 8 Mei lalu.

Berdasarkan fakta kes, semasa serbuan, pintu utama tertutup rapat dan setelah dua minit memberi salam, pintu dibuka oleh seorang perempuan hanya mengenakan baju tidur.

Pemeriksaan selanjutnya menemukan seorang lelaki hanya bertuala sedang bersembunyi di dalam bilik air.

Siasatan mendapati hanya mereka berada di dalam bilik hotel berkenaan dan mereka tiada hubungan suami isteri yang sah.

Sementara itu di mahkamah sama, sepasang kekasih yang berusia 20 tahun dikenakan denda RM2,900 atau sebulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda kerana kesalahan sama.

Kedua-duanya mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut di bilik sebuah rumah rehat di Jalan Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus, kira-kira jam 12 tengah hari, pada 12 Mei lalu.

Kedua-dua pasangan itu didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 iaitu persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah.

Bagi kesalahan itu, mereka boleh dikenakan denda sehingga RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pendakwa Syarie, Khanurulhajja Mustafar.
--sinar--
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger