Home » » Tak wajib lagi imbas suhu

Tak wajib lagi imbas suhu

Written By Berita Setiap Hari on Thursday, 20 January 2022 | 04:34

 


 Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan (KKM) bersetuju untuk tidak mewajibkan lagi penggunaan pengimbas suhu di premis.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, selepas ini individu yang ingin masuk ke mana-mana premis tidak perlu lagi mengimbas suhu sebaliknya memadai sekadar merekodkan butiran diri menggunakan aplikasi MySejahtera.

Untuk memansuhkan prosedur operasi standard (SOP) itu, katanya perkara itu akan dipinda terlebih dahulu dalam sesi Mesyuarat Kuartet Covid-19 sebelum dibawa ke mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"KKM juga bersetuju untuk mengeluarkan ini (pengimbas suhu). Ini adalah membabitkan pengumuman SOP seluruh negara yang mana perkara ini akan dibawa ke mesyuarat MKN.

"Tetapi KKM sudah bersetuju supaya kita keluarkan penggunaan wajib pengimbas suhu daripada SOP.

"Jadi selepas dipinda nanti SOP pada sesi mesyuarat kuartet (Covid-19) akan datang, tidak lagi diwajibkan premis ada pengimbas suhu lagi. Memadai hanya imbas MySejahtera," katanya pada sidang media di Parlimen, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, langkah untuk tidak mewajibkan pengimbas suhu, berikutan KKM mendapati ia bukan langkah yang boleh mengekang penularan Covid-19.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan mereka yang tidak sihat dan bergejala supaya kekal berada di rumah bagi membendung penularan penyakit.

"Selepas kami melihatnya... sebenarnya, ia tidak menjadi satu langkah yang boleh mengekang penularan Covid-19. Maksud saya, tidak ada kaitan.

"Nasihat saya, jika anda tidak sihat...kalau sesiapa bergejala jangan keluar. Itu saja. Tidak perlu lagi uji suhu sesiapa lagi," katanya -metro

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger