BERITA TERKINI
Showing posts with label Kemalangan. Show all posts
Showing posts with label Kemalangan. Show all posts

Enam maut nahas tiga kenderaan di Lahad Datu

Written By Berita Setiap Hari on Wednesday, 10 June 2020 | 16:06


LAHAD DATU: Enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di Jalan Tungku berhampiran Kampung Membatu, Lahad Datu, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, kenderaan terbabit ialah sebuah Isuzu Dmax, Proton Saga dan treler.

Difahamkan, treler berkenaan terjunam ke dalam gaung sedalam 20 meter manakala dua kenderaan lain remuk teruk di jalan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Kamarulzaman Malik Abdullah, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.51 pagi.

Sebaik tiba di lokasi, katanya, semua mangsa masih tersepit dalam semua kenderaan yang terbabit.

“Pasukan Bomba menjalankan operasi mengeluarkan semua mangsa yang tersepit.

“Enam mangsa yang disahkan meninggal dunia adalah pemandu lori, seorang lelaki dan wanita yang menaiki Isuzu Dmax serta dua lelaki dan seorang wanita yang menaiki Proton Saga,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Kamarulzaman berkata, mayat semua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

-BH

Dua maut nahas dua kenderaan


KULAI - Dua maut apabila kereta dinaiki mereka terlibat kemalangan dengan sebuah lori tangki minyak di Kilometer (km) 53, Jalan Ayer Hitam-Johor Bahru di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 12.10 tengah hari itu, pemandu kereta Proton Saga, Mohamad Nor Fahmi Suparto, 27 dan penumpang bahagian belakang, Amidah Khamis, 53 meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi penumpang lelaki di bahagian hadapan berusia 27 tahun, cedera parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, kejadian itu dipercayai berlaku ketika kereta mangsa dalam perjalanan dari arah Kulai menghala ke Simpang Renggam.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta dinaiki mangsa dipercayai telah hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan. Seterusnya kereta mangsa bergesel dengan sebuah lori tangki minyak dari arah bertentangan.

"Akibat pergeselan itu, kereta dipandu mangsa terbabas ke bahagian kiri jalan dan melanggar sebatang pokok menyebabkan mangsa serta penumpang bahagian belakang tersepit di tempat duduk masing-masing," katanya melalui kenyataan hari ini.

Menurut Beng Yeow, pemandu lori tangki minyak berusia 48 tidak mengalami cedera.

"Pasukan bomba dan penyelamat dipanggil bagi membantu mengeluarkan mangsa tersepit.

"Mangsa yang meninggal dunia dihantar ke Hospital Kulai bagi proses bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.
--sinar

Sempat beli susu anak sebelum maut terjunam sungai

Written By Berita Setiap Hari on Tuesday, 9 June 2020 | 16:29


JITRA - Allahyarham Koperal Mohd Shukral Hilmi Muhammad,31, sempat membeli susu untuk anaknya sebelum ditemukan maut dalam kereta miliknya yang dipercayai terjunam ke dalam sungai di Kampung Lana Bulu, Megat Dewa lebih seminggu lalu.

Menurut adik ipar mangsa, Nor Azirah Saidon,23, kali terakhir isteri mangsa, Noor Hidayah Saidon,31, bertemu arwah suaminya adalah pada 29 Mei lalu sebelum mayatnya ditemui malam semalam.

“Kakak saya masih bersedih, namun keadaannya stabil. Kakak ada maklumkan, Allahyarham beritahu perlu masuk kerja pada jam 4 petang, sebelum itu arwah sempat beli susu untuk anaknya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.


Nor Azirah berkata, kakaknya sempat menelefon suaminya itu sekitar jam 9 malam dan dimaklumkan sedang bertugas di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Setar.

“Arwah petugas barisan hadapan dan merupakan Penolong Ketua Seksyen Pemandu, pasukan 6 RAMD dan tinggal di kuarters Kem Tok Jalai. Ketika itu, arwah terlibat dalam operasi sekatan jalan raya,” katanya.

Menurutnya, keesokan paginya, seorang anggota 6 RAMD telah ke rumah mangsa kerana tidak hadir bertugas.

“Kakak saya maklumkan kepada anggota berkenaan yang suaminya tidak balik ke rumah sejak malam arwah bertugas. Selepas 24 jam, keluarga membuat satu laporan polis kehilangan arwah di IPD Kubang Pasu,” katanya.

Allahyarham yang turut memiliki seorang lagi anak berusia 9 tahun dikebumikan di tanah perkuburan Islam Langgar lewat petang ini.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim mengesahkan kejadian berhubung penemuan dua mayat ditemukan dalam kereta berkenaan yang berjaya dikeluarkan malam tadi.

Menurutnya, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam pada jam 8.30 malam yang ternampak seakan-akan tayar kereta dalam sungai terbabit.

“Hasil siasatan menemui sebuah kereta jenis Proton Saga FLX berwarna merah hati disyaki terbabas ke dalam sungai. Turut ditemui satu mayat lelaki dan satu mayat wanita yang identitinya belum dikenal pasti,” katanya.


Mohd Ismail berkata, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mengambil masa hampir tiga jam mengeluarkan kedua-dua mayat sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat.

“Berdasarkan keadaan kereta mangsa, bonet hadapan kemek, bumper hadapan dan cermin belakang pecah, manakala pintu depan sebelah kanan kemek selain cermin tingkapnya pecah,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, JBPM Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.37 malam sebelum tiba kira-kira 20 minit kemudian.

"Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra bersama Pasukan Bomba Sukarela menaikkan kereta berkenaan menggunakan cara menunda. Mayat pertama berjaya dikeluarkan pada jam 12.45 tengah malam manakala mayat kedua pada jam 1.20 pagi sebelum diserahkan kepada polis," katanya.
--sinar

Seorang mangsa rempuhan kereta api maut

Written By Berita Setiap Hari on Wednesday, 26 September 2018 | 23:59


KOTA KINABALU - Salah seorang daripada dua mangsa yang cedera parah apabila kenderaan yang dinaiki mereka dirempuh dan diseret kereta api berhampiran Tugu Peringatan Petagas, dekat sini hari ini meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth.

Mangsa yang dikenali sebagai Daniel Shafwan Omar, 21, meninggal dunia di kira-kira pukul 4 petang tadi akibat kecederaan parah di bahagian anggota badan akibat tersepit di dalam kenderaan berkenaan.


Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Supt George Abdul Rakman ketika dihubungi berkata, impak rempuhan itu mengakibatkan kereta dinaiki mangsa terseret sejauh kira-kira 100 meter.

"Siasatan awal di lokasi kemalangan mendapati, mangsa yang memandu dari Tugu Peringatan Petagas menuju keluar ke jalan besar (Jalan Kepayan).

"Apabila mangsa tiba di laluan kereta api itu, palang penghadang kereta api melintas tidak di pasang mangsa dipercayai tidak menyedari kereta api sedang melintas," katanya.

Beliau berkata mangsa yang meninggal dunia adalah penumpang yang duduk sebelah pemandu manakala pemandu kenderaan itu cedera parah dan sedang menerima rawatan di hospital. –Bernama
--sinar--

Dua selamat lori ais terbalik

Written By Berita Setiap Hari on Sunday, 1 January 2017 | 21:15


BESUT - Pemandu dan kelindan lori sebuah syarikat air batu cemas apabila kenderaan dipandunya tiba-tiba terbalik ketika meredah hujan lebat, di sini, pagi semalam.

Mangsa, Mohd Zaidi Zakaria, 40, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 pagi dan ketika itu hujan lebat hingga air memenuhi jalan menyebabkan dia sukar melihat permukaan jalan.

Menurutnya, tiba-tiba tayar hadapan sebelah kiri lori termasuk ke dalam lubang berhampiran bahu jalan yang menghubung ke sebuah taman perumahan, menyebabkan kenderaan itu terus terbalik.

“Saya terkejut kerana ia berlaku begitu cepat menyebabkan saya terjatuh menimpa kelindan.

“Kami segera memanjat keluar melalui pintu sebelah pemandu. Ketika itu paras air di tepi jalan hampir paras paha. Saya bersyukur kerana tidak cedera, begitu juga dengan rakan saya,” katanya yang ketika itu dalam perjalanan untuk menghantar air batu di kawasan tersebut.

Dalam pada itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah, Mohd Suhaimi Awang berkata, semua enam pusat pemindahan di daerah ini sudah ditutup secara berperingkat bermula di SK Kampung La pada jam 7 pagi sehinggalah ke Surau Kampung Seberang La.

Tercampak ke dalam longkang akibat kemalangan

Written By Berita Setiap Hari on Thursday, 22 December 2016 | 15:59


NILAI - Pasukan bomba mengambil masa kira-kira 20 minit mencari dan menyelamatkan seorang lelaki yang tercampak ke dalam longkang selepas lori dipandu terlibat kemalangan dengan sebuah lori lain di selekoh jalan di hadapan kilang United More di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.00 petang itu, mangsa Khairul Azhar Mohd Ali,32, meninggal dunia di tempat kejadian selepas dihanyutkan arus deras sejauh 700 meter sebelum mayatnya ditemui.

Pegawai Bomba Kanan 2, dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Mohd Syazwan Saidy berkata, ketika kejadian mangsa yang memandu lori satu tan membawa muatan makanan segera dari arah Kolej Height menuju ke Semarak di sini.

"Namun difahamkan sebaik sampai di selekoh jalan berhadapan kilang itu, lori dipandu mangsa tiba-tiba hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu melanggar sebuah lori 24 tan membawa muatan tanah sawit.

"Kejadian itu mengakibatkan lori terbabit berpusing dan terbalik manakala Khairul Azhar pula tercampak ke dalam longkang dibawa arus deras,"katanya.

Menurutnya, sebuah jentera dan Pasukan Perubatan dan Tindak Balas Perkhidmatan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai dengan kekuatan anggota seramai lapan orang bergegas ke lokasi

Mohd Syazwan berkata, bomba mengambil masa kira-kira 20 minit mencari dan menyelamatkan mangsa yang dihanyutkan arus deras sejauh 700 meter dari lokasi kejadian.

"Mangsa didapati cedera teruk pada bahagian kepala serta kaki dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan hospital yang membuat pemeriksaan.

"Pemandu sebuah lagi lori Ahmad Romdiahuddin Mohammad Jais,39, selamat dan tidak mengalami kecederaan. Difahamkan ketika kejadian itu dia dari arah Nilai 3 ke Semenyih, Selangor untuk menghantar muatan dibawa,"katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut sebelum dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban.
-SINAR

Dua lelaki maut dalam kemalangan berasingan


HULU TERENGGANU - Dua lelaki maut dalam kemalangan berasingan awal pagi tadi, di daerah ini melibatkan seorang penunggang motosikal  berusia 20 tahun dan pemandu Perodua Viva berumur 26 tahun.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superitendan Mohd Adli Mat Daud berkata kejadian pertama berlaku di Kilometer 11 Jalan Mengkawang-Tersat di Kampung Menerong kira-kira jam 1.30 pagi tadi melibatkan mangsa, Muhammad Radzlan Mohd Samsudin.

“Kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggang mangsa yang datang dari pos keselamatan kampung terletak di Kampung Gunung menghala ke rumah di Kampung Menerong terlanggar seekor kerbau berada atas jalan.

“Ekoran daripada itu, mangsa yang tidak bekerja dibawa ke Hospital  Hulu Terengganu oleh orang awam sebelum disahkan meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan oleh pegawai perubatan,” katanya.

Tambah Mohd Adli, kejadian kedua berlaku sekitar jam 7 pagi tadi di Kilometer 380 LPT II Ajil-Bukit Besi setelah kereta dipandu Mohd Hanapi Mohammad merempuh bahagian belakang sebuah lori lima tan.

Katanya, mangsa berasal daripada Kampung Pengkalan atap Batu Rakit yang berkerja di Kerteh meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

“Difahamkan, kejadian berlaku apabila mangsa dalam perjalanan dari rumah untuk ke tempat kerja dan sampai di lokasi kejadian, kereta dipandu dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar bahagian belakang lori yang  turut dari arah sama.

“Kereta dipandu mangsa kemudiannya terbabas ke sebelah kiri jalan. Mangsa pemandu kereta di bawa ke Hospital Hulu Terengganu dan disahkan meninggal dunia manakala punca kematian ialah Alleged Motor Vehicle Accident With Polytrauma.

"Ujian air kencing turut dijalankan dan hasil ujian adalah negatif manakala kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akata Pengangkutan Jalan 1987. Pemandu lori berusia 60 dari Kuala Terengganu tidak alami sebarang kecederaan,” ujarnya.

Warga emas tercampak atas jalan

Written By Berita Setiap Hari on Sunday, 18 December 2016 | 19:06



TUMPAT - Seorang warga emas maut selepas motosikal yang ditunggangnya dilanggar oleh sebuah kereta dalam kejadian di Kilometer 6 Jalan Wakaf Bharu-Tumpat di hadapan Taman SPP Kota Warisan Kampung Berangan, semalam.

Mangsa, Hussain Hamid,  67, dari Kampung Kolam Teratai, Palekbang di sini, maut ketika menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Zaharudin Rasip berkata, mangsa menunggang motosikal jenis Honda EX5 berlanggar dengan sebuah kereta jenis Kenari dalam kejadian jam 6.45 pagi.

"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika pemandu kereta terbabit dari arah Wakaf Bharu menghala ke bandar Tumpat terlanggar bahagian belakang motosikal mangsa.

“Mangsa ketika itu dalam perjalanan menghala ke Tumpat,” katanya.

Menurutnya, akibat perlanggaran itu, motosikal ditunggang mangsa hilang kawalan menyebabkan mangsa tercampak di atas jalan.

Katanya, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan kemudiannya dikejarkan ke Hospital Tumpat dan dirujuk ke HUSM Kubang Kerian.

“Mangsa disahkan meninggal dunia jam 10.23 pagi dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa diserahkan kepada keluarga untuk dikebumikan selepas dibedah siasat.

Pemandu kereta terbabit berusia 56 tahun tidak cedera.

Lelaki maut kemalangan, kereta hilang kawalan

Keadaan kereta mangsa selepas bertembung dengan Perodua Myvi.

MARANG - Bapa seorang anak maut selepas kereta jenis Honda dipandu hilang kawalan sebelum merempuh sebuah Perodua Myvi di Kilometer 16, Jalan Kuala Terengganu ke Kuantan, di Kijing di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.40 malam itu, mangsa, Abdul Wahi Sulaiman, 35, dalam perjalanan dari Alur Tuman di sini untuk pulang ke rumah bertemu isteri dan anak tunggalnya di Manir, Kuala Terengganu.

Mangsa sebelum itu, pulang ke rumah keluarganya pada malam Khamis lalu dan sudah menjadi rutin mingguannya pulang menjenguk ibunya dan bermalam di Alur Tuman namun kali ini tidak membawa isteri dan anaknya bersama.

Namun apabila tiba di lokasi kejadian, kereta yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan dan memasuki ke laluan bertentangan dan merempuh kereta Perodua Mywi sehingga kereta mangsa terbalik.

Mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala segera dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu namun disahkan meninggal dunia di Unit Kecemasan hospital berkenaan.

Ketua Polis Marang, Deputi Superintendan Mohd Suhaimi Ali yang mengesahkan menerima laporan berkata, mayat mangsa itu kemudiannya dihantar ke Unit Forensik di hospital sama untuk dibedah siasat.

"Jenazah mangsa juga telah dituntut ahli keluarganya pada pagi ini dan kes kemalangan itu kini disiasat mengikut Sesyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Sementara itu, pemandu kereta Perodua Myvi mengalami patah paha manakala tiga lagi penumpang dalam kenderaan itu mengalami cedera ringan telah dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, malam kejadian.

Kanak-kanak terperangkap 45 minit dalam kereta


LUMUT - Seorang kanak-kanak lelaki berdepan detik cemas selepas terperangkap kira-kira 45 minit dalam kereta bapanya di tempat letak kereta di Hospital Seri Manjung di sini, hari ini.

Mangsa yang dikenali sebagai Hakim, 5, dipercayai tertidur dalam kenderaan tersebut selepas menerima rawatan di hospital berkenaan kerana demam.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seri Manjung, Meor Azman Mahmud berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira 10.35 pagi.

"Difahamkan mangsa tertidur dalam kereta dengan keadaan enjin masih hidup manakala bapanya sedang mengambil ubat di hospital.

"Dengan bantuan orang ramai, kita mengejutkan mangsa sehingga terjaga sebelum kanak-kanak itu membuka pintu kereta. Kita juga cuba menggunakan dawai untuk membuka pintu kereta," katanya ketika dihubungi. – Bernama

Polis buru pemandu Proton Waja terlibat kemalangan


SEREMBAN - Polis meminta pemandu atau pemilik Proton Waja WMT 1812 hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban, bagi membantu siasatan melibatkan kemalangan tiga buah kereta di Lebuhraya Utara Selatan KM261.5 arah Selatan, pagi tadi.

Ketua Polis daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata dalam kejadian jam 6.15 pagi itu, seorang lelaki maut dalam kemalangan yang melibatkan Perodua Alza, Toyota Rush dan Proton Waja.

"Dalam kemalangan tersebut, pemandu kereta Perodua Alza seorang lelaki berusia 24 tahun telah maut di tempat kejadian dan pemandu kereta Toyota Rush tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Manakala pemandu kereta Proton Waja dengan nombor pendaftaran WMT 1812 telah meninggalkan lokasi kejadian dan sehingga kini masih belum tampil memberi keterangan," katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Thiew meminta orang awam atau saksi yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian ini, tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nur Zul Fadzliah di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban di talian 06-60333400. – Bernama

Laung takbir sebelum maut



KOTA BHARU - Seorang lelaki maut dihempap suis utama papan elektrik seberat satu tan di sebuah taman di Bukit Cina, bersebelahan Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.20 tengahari itu, mangsa, Saifulnizam Faud, 38, yang juga pekerja pemasangan bagaimanapun sempat melaungkan takbir sebelum maut.

Saksi kejadian, Mohd Hafizul Rahman Zamri, 17, berkata, mangsa ketika  itu melakukan kerja memindahkan papan elektrik menggunakan jentera angkat susun (forklift).

“Pada mulanya saya dengar ada benda jatuh, lalu saya berlari ke tempat kejadian dan mendapati seorang lelaki sudah dihempap suis papan elektrik di situ.

“Semasa saya sampai di situ, dia masih bernyawa dan saya dengar dia sebut ‘Allahuakbar’ dalam tempoh 15 minit sebelum menghembuskan nafas terakhir,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini, semalam.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kota Bharu, Superintendan Setapa Yusoff berkata, siasatan awal mendapati tali kren yang mengangkat papan suis utama terputus dan menimpa kepala mangsa.

“Mangsa didapati cedera parah di kepala sebelum pasukan perubatan mengesahkan dia sudah meninggal dunia,” katanya.

Setapa berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II untuk dibedah siasat.

“Kejadian tersebut sudah dimaklumkan kepada keluarga mangsa yang berasal dari Felda Chuping, Kangar, Perlis dan siasatan awal ini juga mendapati tiada unsur jenayah,” katanya.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Muara Kuala Besut cetek

Written By Berita Setiap Hari on Wednesday, 26 October 2016 | 06:10

Bot Kelas C yang sebahagian besar badannya tenggelam tengahari kelmarin sebelum ditarik ke tepi pantai.

KUALA BESUT- Sebanyak lima bot nelayan termasuk tiga sampan terkandas dan karam dalam tempoh seminggu bermula Isnin minggu lepas hingga semalam berpunca daripada masalah muara Kuala Besut cetek.

Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Besut, Tengku Harun Tengku Ismail berkata, dua buah bot nelayan karam dan sebuah lagi terkandas dalam kejadian dua hari berturut-turut kelmarin dan semalam.

Menurutnya, kejadian kira-kira jam 12 tengahari kelmarin membabitkan sebuah bot pukat jerut (bot kelas C) pecah di bahagian bawah perut bot selepas terlanggar beting pasir di muka muara tersebut ketika ingin keluar menangkap ikan.

“Kesemua 24 awak-awak termasuk seorang pembantu tekong terselamat apabila mereka sempat menyelamatkan diri dengan menaiki sampan ke daratan sebelum bot tersebut karam.

“Kejadian hari ini (semalam) pula membabitkan bot nelayan kelas A terkandas di beting pasir betul-betul di hadapan muara ketika ingin memasuki muara untuk mendaratkan ikan. Bot kedua ini juga mungkin terbalik dan karam kerana tidak dapat bergerak selain dimasuki air,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Terpaksa guna laluan sempit

Tengku Harun berkata lagi, dalam kejadian Isnin lalu sebuah sampan nelayan pantai mengalami kerosakan selepas bergesel dengan bot lain manakala pada Khamis pula sebanyak dua buah sampan berlanggar menyebabkan salah sebuah karam.

Menurutnya, kejadian ini disebabkan kesemua bot yang ingin masuk atau keluar daripada muara tersebut menggunakan laluan sama yang sempit untuk mengelak terlanggar beting pasir.

“Sekarang hanya terdapat satu alur atau laluan (lorong) sempit sahaja yang boleh dilalui bot untuk masuk dan keluar muara. Semua bot akan menggunakan laluan itu tanpa boleh melakukan kesilapan.

“Keadaan akan menjadi lebih bahaya sepanjang musim tengkujuh ini apabila ombak besar menyebabkan penglihatan pemandu bot terhad,” katanya.

Tengku Harun berkata, setakat ini kesemua mangsa terlibat bernasib baik tidak mengalami sebarang kecederaan mahupun kehilangan nyawa.

Semoga roh mereka dicucuri rahmat

Written By Berita Setiap Hari on Wednesday, 14 October 2015 | 23:03


Kuala Terengganu: Suasana pilu menyelubungi kediaman nenek Puteri Nabila Azaman, Nik @ Salamah Abd Rahman, 77, di Kampung Raja, Chendering, di sini,sebaik van yang membawa jenazah bapa Puteri Nabila, Azaman Ramli, 49, dan dua adiknya, Aliff Hateem, 16 serta Aliff Hakim, 12, tiba pada 2 pagi tadi.
Jenazah mereka disembahyangkan di rumah itu pada 2.30 pagi sebelum diusung ke tanah perkuburan Islam kampung berkenaan yang terletak berhampiran rumah pada 2.50 pagi.
Jenazah Aliff Hateem dan adiknya Aliff Hakim dikebumikan dalam satu liang lahad, manakala Azaman dikebumikan berhampiran kubur arwah bekas isterinya, Rohana Mohamad, 49, yang meninggal dunia dua minggu lalu.
Kira-kira 300 orang termasuk saudara mara dan rakan sekerja arwah serta penduduk kampung hadir dan pengebumian selesai kira-kira 3.30 pagi.
Jenazah isteri Azaman, Nur Akmal Mohd Zain, 49, anak Nur Akmal dengan suami terdahulu, Nor Amira Shahirah Alias, 22, dan anak angkat pasangan terbabit, Aqeel Muslim Abdullah berusia tiga tahun dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Alor Lintang, Besut.
Dalam kejadian 12.30 tengah hari semalam, enam sekeluarga itu maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan terperosok di bawah treler di Kilometer 258, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) berdekatan Hentian Rawat dan Rehat Perasing di Jabor.
Puteri Nabila tidak mengikut keluarganya yang terkorban dalam nahas itu kerana dia bakal menduduki peperiksaan kolejnya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/85177#sthash.Ps16rw60.dpuf
Promosi Pasang Astro 
PROMOSI : PEMASANGAN ASTRO
( BULANAN SERENDAH RM22.35 SAHAJA SELAMA 1 TAHUN )
TERENGGANU,KELANTAN, PAHANG
Siap Pasang ( complete sume hanya Bulanan Serendah RM22.35 Sahaja SELAMA 1 TAHUN )
1 DEKODER SET
1 OUTDOOR UNIT
1 WAYAR 20METER PERCUMA
*TIADA CAJ TERSEMBUNYI UNTUK PEMASANGAN
* WARANTI SELAMA ANDA MELANGGANG ASTRO UNTUK SET DEKODER
* HARGA PEMASANGAN BAYAR PADA INSTALLER SELEPAS DI PASANG
# Lebih murah & menjimatkan masa disamping menambah ilmu pengetahuan
# Dari rancangan kanak-kanak,hiburan,sukan,agama,sains & teknologi dalam 1 ASTRO
HUBUNGI- whatsapp CAL ke no - 01129206584

Maut paramotor terhempas

Written By Berita Setiap Hari on Monday, 12 October 2015 | 21:07


KAMPUNG RAJA - Seorang peminat sukan paramotor maut selepas paramotor yang dkendalikannya terhempas ketika dia melakukan penerbangan di kawasan pantai Air Tawar, di sini, petang kelmarin.

Difahamkan mangsa, Aziz Noh, 50, yang bekerja sebagai pembantu operasi sebuah sekolah rendah di Rantau Panjang, Kelantan berpengalaman dan aktif dalam sukan  luncur udara bermotor itu.

Menurut sumber, kejadian kira-kira jam 6.20 petang itu berlaku ketika mangsa sedang meluncur di udara di kawasan pantai tersebut bersama-sama empat peluncur udara lain yang juga rakannya.

Katanya, mangsa pada sebelah paginya dikatakan pergi ke kejohanan paramotor di Kuala Terengganu sebelum singgah di pantai Air Tawar ketika dalam perjalanan pulang ke Rantau Panjang.

“Kejadian berlaku ketika mangsa melakukan penerbangan kali kedua pada petang itu apabila secara tiba-tiba paramotor dikendalikan mangsa dipercayai mengalami masalah teknikal sebelum terhempas di pantai tersebut pada ketinggian dianggarkan 20 meter,” kata sumber.

Menurutnya, lebih menyayat hati, isteri dan seorang anak mangsa yang turut berada di tempat kejadian dikatakan turut menyaksikan kejadian itu.

Katanya, mangsa yang masih bernyawa kemudian dikejarkan menggunakan ambulan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Besut yang tiba tidak lama kemudian ke Hospital Besut.

Bagaimanapun mangsa dikatakan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Unit Kecemasan hospital berkenaan akibat kecederaan dalaman.

Jenazah Aziz atau lebih dikenali Aziz Spekar Rantau kemudian dituntut ahli keluarga kira-kira jam 10.30 malam kelmarin untuk dibawa pulang ke kampungnya di Kampung Gual Sitok, Rantau Panjang untuk urusan pengebumian.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah, Suhaimi Awang ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan kejadian itu kira-kira jam 6.21 petang kelmarin.

Kata beliau, sejurus selepas mendapat maklumat tersebut, tiga anggota JPAM bersama sebuah ambulan bergegas ke tempat kejadian.

“Mangsa seorang lelaki yang mengalami kesukaran bernafas dan dipercayai mengalami kecederaan dalaman di bahagian leher telah dikejarkan ke Hospital Besut,” katanya.
Promosi Pasang Astro 
PROMOSI : PEMASANGAN ASTRO
( BULANAN SERENDAH RM22.35 SAHAJA SELAMA 1 TAHUN )
TERENGGANU,KELANTAN, PAHANG
Siap Pasang ( complete sume hanya Bulanan Serendah RM22.35 Sahaja SELAMA 1 TAHUN )
1 DEKODER SET
1 OUTDOOR UNIT
1 WAYAR 20METER PERCUMA
*TIADA CAJ TERSEMBUNYI UNTUK PEMASANGAN
* WARANTI SELAMA ANDA MELANGGANG ASTRO UNTUK SET DEKODER
* HARGA PEMASANGAN BAYAR PADA INSTALLER SELEPAS DI PASANG
# Lebih murah & menjimatkan masa disamping menambah ilmu pengetahuan
# Dari rancangan kanak-kanak,hiburan,sukan,agama,sains & teknologi dalam 1 ASTRO
HUBUNGI- whatsapp CAL ke no - 01129206584

Adik tanya urusan majlis kahwin sebelum kemalangan

Written By Berita Setiap Hari on Saturday, 10 October 2015 | 04:20


BESUT - Empat termasuk seorang pengantin baharu lelaki maut selepas kereta yang mereka naiki bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda di KM93, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu dekat Kampung Renek, Jerteh di sini pada pukul 2.20 petang tadi.
 
BACA JUGA >>>Gambar Gambar Kemalangan Ngeri Di Kg Renek
video di sini>> https://www.youtube.com/watch?v=pAujjsNqtGc&feature=youtu.be

Ketua Polis Daerah Besut, Suprintendan Khaled Che Lah berkata, mangsa yang maut ialah pengantin, Muhamad Norizan Mohd Noor, 20; ibu mertuanya Rozila Jusoh, 42; dan dua adik iparnya Norma Mohd Zaki, 15; dan Muhammad Haikal Zaki, 2.
 
Seorang lagi mangsa yang juga pengantin perempuan Noraliza Zaki, 18, cedera parah di kaki serta tangan dan keadaannya dilaporkan stabil.
 
Ketika kejadian, kelima-lima anggota keluarga berkenaan dikatakan dalam perjalanan dari Kelantan menuju ke Setiu sebelum kenderaan jenis Perodua Viva itu terbabas setelah melanggar sebuah kereta sebelum memasuki laluan bertentangan.
 
"Kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu D-Max itu gagal mengelak lalu merempuh secara berhadapan dengan Perodua Viva yang dipandu Muhamad Norizan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN:  Ajal pengantin lelaki bersama ibu mertua, ipar]

Kesemua mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut manakala mangsa yang cedera menerima rawatan di hospital sama.
 
Sementara itu, abang pengantin lelaki, Mohamad Nazri, 29, berkata adiknya meminjam keretanya untuk menjemput pengantin perempuan dan keluarganya untuk majlis menyambut menantu di kediamannya di Kampung Gong Terap, Setiu.
 
Katanya, majlis nikah adiknya itu diadakan pada malam Rabu lepas di rumah pengantin perempuan di Kampung Chetok, Pasir Mas, Kelantan.
 
"Ketika dalam perjalanan pulang, arwah adik ada menghubungi saya bertanyakan tentang persiapan majlis kenduri di rumah bagi menyambut kedatangan adik ipar saya ke kampung kami," katanya ketika ditemui di rumah mayat Hospital Besut.
 
Menurut Mohamad Nazri, tidak lama selepas itu beliau terkejut apabila dimaklumkan oleh rakannya bahawa telah terlihat keretanya terbabit dalam kemalangan.
 
Suami Rozila, Zaki Abdullah, 45 berkata beliau reda dengan pemergian isteri dan dua anaknya serta menantunya yang belum sempat dikenali dengan lebih dekat. - Bernama
Promosi Pasang Astro 
PROMOSI : PEMASANGAN ASTRO
( BULANAN SERENDAH RM22.35 SAHAJA SELAMA 1 TAHUN )
TERENGGANU,KELANTAN, PAHANG
Siap Pasang ( complete sume hanya Bulanan Serendah RM22.35 Sahaja SELAMA 1 TAHUN )
1 DEKODER SET
1 OUTDOOR UNIT
1 WAYAR 20METER PERCUMA
*TIADA CAJ TERSEMBUNYI UNTUK PEMASANGAN
* WARANTI SELAMA ANDA MELANGGANG ASTRO UNTUK SET DEKODER
* HARGA PEMASANGAN BAYAR PADA INSTALLER SELEPAS DI PASANG
# Lebih murah & menjimatkan masa disamping menambah ilmu pengetahuan
# Dari rancangan kanak-kanak,hiburan,sukan,agama,sains & teknologi dalam 1 ASTRO
HUBUNGI- whatsapp CAL ke no - 01129206584

Gambar Gambar Kemalangan Ngeri Di Kg Renek

Besut: Pengantin lelaki adalah antara empat terbunuh apabila kereta mereka terbabit dalam kemalangan dengan 4WD di Kilometer 94 Jalan Jertih-Kuala Terengganu, Kampung Renek, di sini, 2.20 petang, hari ini. Pengantin lelaki yang juga pemandu dikenal pasti sebagai Mohammad Norizan Mohd Nor, 20, dari Kampung Lubuk Panjang, Bandar Permaisuri. Tiga lagi penumpang kereta berkenaan yang maut adalah ibu mentua pengantin lelaki, Rozila Jusoh, 42, dan dua adik iparnya, Norma Mohd Razaki, 15, dan Mohd Haikal, dua tahun, dari Chetok, Pasir Mas, Kelantan. Mereka ketika itu dalam perjalanan untuk majlis menyambut menantu di rumah keluarga Mohammad Norizan selepas kenduri di rumah keluarga perempuan, semalam. Penganting perempuan, Noraliza, 18, parah dan kini dirawat di Hospital Besut. Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che 
Lah, mengesahkan kejadian itu.















Alfatihah....




Promosi Pasang Astro 
PROMOSI : PEMASANGAN ASTRO
( BULANAN SERENDAH RM22.35 SAHAJA SELAMA 1 TAHUN )
TERENGGANU,KELANTAN, PAHANG
Siap Pasang ( complete sume hanya Bulanan Serendah RM22.35 Sahaja SELAMA 1 TAHUN )
1 DEKODER SET
1 OUTDOOR UNIT
1 WAYAR 20METER PERCUMA
*TIADA CAJ TERSEMBUNYI UNTUK PEMASANGAN
* WARANTI SELAMA ANDA MELANGGANG ASTRO UNTUK SET DEKODER
* HARGA PEMASANGAN BAYAR PADA INSTALLER SELEPAS DI PASANG
# Lebih murah & menjimatkan masa disamping menambah ilmu pengetahuan
# Dari rancangan kanak-kanak,hiburan,sukan,agama,sains & teknologi dalam 1 ASTRO
HUBUNGI- whatsapp CAL ke no - 01129206584

Ajal dua rakan sekampung

Written By Berita Setiap Hari on Thursday, 1 October 2015 | 10:41


Jertih: Dua rakan sekampung maut apabila motosikal ditunggang bertembung sesama sendiri dalam kejadian di Jalan Padang Buluh, Pasir Akar, Hulu Besut, dekat sini, malam tadi.
Kemalangan kira-kira jam 7 malam itu berlaku apabila Honda EX5 ditunggang Adli Haziq Mohamad Nasir, 15, dari arah Pasir Akar, dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Kawasaki KLX 150 ditunggang Che Muhamad Amirrudin Che Ismail, 22.
Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Khaled Che Lah bekata, akibat pertembungan itu, kedua-dua mangsa yang tinggal di Padang Luas, meninggal dunia di tempat kejadian.
"Adli Haziq yang masih bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Pelagat dekat sini, parah di kepala, manakala Che Muhamad Amirrudin yang juga penyelia tapak pembinaan pula parah di bahagian dada.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/81599#sthash.5iL6mIJs.dpuf


Promosi Pasang Astro 
PROMOSI : PEMASANGAN ASTRO
( BULANAN SERENDAH RM22.35 SAHAJA SELAMA 1 TAHUN )
TERENGGANU,KELANTAN, PAHANG
Siap Pasang ( complete sume hanya Bulanan Serendah RM22.35 Sahaja SELAMA 1 TAHUN )
1 DEKODER SET
1 OUTDOOR UNIT
1 WAYAR 20METER PERCUMA
*TIADA CAJ TERSEMBUNYI UNTUK PEMASANGAN
* WARANTI SELAMA ANDA MELANGGANG ASTRO UNTUK SET DEKODER
* HARGA PEMASANGAN BAYAR PADA INSTALLER SELEPAS DI PASANG
# Lebih murah & menjimatkan masa disamping menambah ilmu pengetahuan
# Dari rancangan kanak-kanak,hiburan,sukan,agama,sains & teknologi dalam 1 ASTRO
HUBUNGI- whatsapp CAL ke no - 01129206584

Jurukimpal maut langgar kuda

Written By Berita Setiap Hari on Tuesday, 29 September 2015 | 17:04


JERTIH – Hajat seorang juru kimpal keluar minum bersama rakannya di bandar Jertih, di sini, tidak kesampaian apabila dia maut selepas motosikal ditungganginya melanggar seekor kuda, semalam.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah memberitahu, mangsa, Mohamed Dom Ab Ghani, 24, maut di tempat kejadian dalam kejadian pada kira-kira jam 1.20 pagi, di kilometer (km) 100 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu, dekat Kampung Batang Gergaji, dekat Jabi, di sini.

Menurutnya, mangsa yang tinggal di Felda Selasih, di sini, menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z berseorangan ketika kejadian dan telah berjanji untuk keluar minum bersama rakannya.

"Mangsa dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu dan melanggar seekor kuda yang melintas secara tiba-tiba dari sebelah kiri jalan.

"Dia dipercayai tidak dapat melihat haiwan terbabit dan kerana jarak terlalu dekat, mangsa tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian belakang kuda berkenaan," katanya.

Khaled berkata, akibat pelanggaran, mangsa tercampak ke atas jalan raya dan maut di tempat kejadian, manakala kuda terbabit turut mati.

Tambahnya, bahagian depan motosikal ditunggangi mangsa remuk teruk akibat kejadian berkenaan dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Besut untuk bedah siasat.

"Kuda terbabit dikatakan telah dilepaskan oleh pemiliknya yang tinggal di sekitar kampung berkenaan. Ini merupakan kejadian pertama berlaku di daerah ini dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.

"Sehubungan itu, saya minta pemilik haiwan ternakan memastikan haiwan peliharaan tidak lepas bebas. Tindakan melepaskan haiwan ternakan, khususnya kuda, boleh membahayakan pengguna jalan raya," katanya.

Tangan kanan putus

Written By Berita Setiap Hari on Thursday, 24 September 2015 | 19:49


Gua Musang: Dua lelaki maut dalam keadaan mengerikan selepas motosikal yang ditunggang bertembung dengan sebuah kereta sebelum mereka tercampak dari jambatan setinggi lima meter dan jatuh di atas landasan kereta api di Kilometer 1, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 11.40 pagi, penunggang motosikal jenis Yamaha 135LC, Shin Chee Hong, 31, serta pemboncengnya, Chua Teik Beng, 42, maut di tempat kejadian.
Tangan kanan salah seorang mangsa terputus dalam kemalangan itu akibat dirempuh kereta terbabit.
Dua mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Gua Musang, di sini, untuk dibedah siasat.
Pemandu kereta jenis Toyota Corolla itu, Mohd Jaham Abd Hamid, 32, mengalami kecederaan parah dan menerima rawatan lanjut di Hospital Kuala Krai.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/80057#sthash.GkhWmL1F.dpuf
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger