Pertempuran Kota Tampan
Written By Bp Channel on Saturday, 2 May 2026 | 21:39
Mawar Cantik berdiri di atas benteng tanah Kota Tampan, memerhati jauh ke arah hutan yang menjadi sempadan antara Perak dan wilayah yang dikuasai Siam serta sekutunya dari Reman. Rambutnya diikat kemas, wajahnya tenang tetapi matanya tajam seperti mata helang. Di pinggangnya tersisip sebilah keris, sementara di bahunya tergantung sepucuk senapang yang diubahsuai; lebih ringan, lebih pantas dan lebih mematikan.
Dia belajar dari musuhnya.
“Pasukan Siam akan bergerak sebelum matahari tinggi,” kata seorang pengintip yang baru tiba, nafasnya tercungap-cungap.
Mawar hanya mengangguk perlahan. “Biarkan mereka masuk.”
Para panglima di sekelilingnya saling berpandangan. Salah seorang,
seorang lelaki tua bernama Tok Janggut Lela, mengerutkan dahi. “Kita biarkan mereka mara? Itu berbahaya. Mereka punya jumlah yang lebih ramai, ditambah lagi bantuan dari Reman.”
Mawar memandangnya dengan senyuman tipis. “Itulah sebabnya mereka akan kalah.”
Kabut pagi menyelimuti Kota Tampan seperti tirai yang enggan disingkap. Sungai yang mengalir tenang di kaki bukit seakan menyimpan rahsia yang bakal meletus menjadi darah dan api. Tahun 1876 menyaksikan negeri Perak berada dalam keadaan yang rapuh - perebutan kuasa, campurtangan Inggeris dan perpecahan dalam kalangan pembesar menjadikan bumi itu seperti bara yang menunggu ditiup angin. Maka sekali lagi, Siam menghidu peluang untuk menangguk di air yang keruh. Menggunakan alasan Reman, Siam mahu menguasai sepenuhnya lombong-lombong dan tanah subur di Hulu Perak.
Namun di tengah kekacauan itu, muncul satu nama yang mula berbisik dari mulut ke mulut di Konsul British di Bangkok - Mad Mengkong.
Siti mendengar dengan asyik cerita tentang moyangnya yang satu ini. Kak Linda menghirup kopi panas.
"Dia telah merancang semuanya dengan teliti. Kota Tampan bukan semata-mata kubu; ia adalah perangkap. Hutan di sekelilingnya telah dipenuhi lubang jerangkap samar, laluan sempit telah ditanam pancang tajam, dan beberapa kawasan telah dipenuhi bahan mudah terbakar yang hanya menunggu percikan api. Tetapi yang paling penting ialah strategi yang belum pernah digunakan oleh pasukan Melayu sebelum ini - serangan berperingkat dengan koordinasi isyarat bunyi dan cahaya.
Mawar Cantik telah mempelajari teknik ini daripada catatan yang dirampas daripada pegawai Inggeris. Jika Inggeris boleh menggunakannya untuk menakluk, dia juga boleh menggunakannya untuk mempertahankan tanah airnya," cerita Kak Linda.
-------------------------
Teaser buku baru.
Kota Tampan itu memang wujud di negeri Perak dan memang merupakan salah satu kubu pertahanan tentera Perak suatu ketika dulu dalam melawan dasar perluasan kuasa oleh Dinasti Chakri ketika itu. Dari situ muncul kata 'tampan' yakni menampan/menahan serangan musuh.
Seperti yang Srikandi pernah catat dulu, negeri Perak bukanlah sepenuhnya monarki mutlak namun bergantung juga kepada sistem pembesar. British boleh menggulingkan raja namun tidak boleh mengguling seluruh sistem pembesar itu. Ia tidak seperti Burma, Vietnam dan lain-lain tempat yang mana bila raja digulingkan atau turun takhta, seluruh monarki berakhir.
Raja itu sendiri ada wilayahnya. Apabila Perak dalam krisis campurtangan Inggeris dulu, wilayah-wilayah lain masih ada pembesar masing-masing, terutamanya Hulu Perak yang dikuasai kerabat Mengkong.
Hulu Perak ada tradisi melantik wanita berkarisma ke tampuk kepimpinan macam Tok Temong atau Puteri Tan Puteh. Apatah lagi wilayah berdekatannya macam di Patani yang ada sejarah ratu-ratu. Negeri Bedelong dan Ligor juga ada legenda Puan Berdarah Putih, seorang wanita yang dihormati sehingga tercatat juga dalam rekod Siam.
Autoriti yang diberi kepada pihak perempuan ini lebih kepada kepimpinan, karisma dan pengetahuan di mana ia bukanlah sampai ke tahap meresapi ke dalam adat seperti Adat Perpatih di Negeri Sembilan.
Maka jika para mengkong di sebelah pihak Reman terdiri daripada pahlawan lelaki, mengkong di sebelah Perak pula terdiri daripada para pemimpin wanita.
Insya Allah buku baru sempena pesta buku akan datang. Judul buku nanti Srikandi beritahu.
Sumber Kredit ~Srikandi
Red Mengkong of Kerunai
Cameron Highlands pada tahun 1920
Written By Bp Channel on Saturday, 25 April 2026 | 07:36
Lokomotif (kepala kereta api) Kelas 20 adalah jenis diesel elektrik - KTM
Kelas ini terdiri daripada 26 lokomotif yang dihasilkan oleh oleh The Vulcan Foundry Ltd dan The English Electric Co di Lancashire, England pada tahun 1957 dan 1958 dan merupakan diesel utama pertama untuk kereta api tersebut.
Dilengkapi dengan unit kuasa yang sama seperti kelas 31 British Railways, menghasilkan kuasa 1500 kuasa kuda.
Lokomotif ini dihantar dalam warna hijau dengan jalur kuning yang merupakan hiasan yang digunakan oleh beberapa perkhidmatan kereta api di beberapa negara kolonial British ketika mereka mula-mula menggunakan diesel.
Sebab itu, dalam gambar lama terdapat lokomotif Kelas 20 yang berwarna hijau, sebelum ditukar kepada warna coklat atau perang tua.
Terdapat 26 buah lokomotif Kelas 20 diterima KTMB (ketika itu dikenali Malayan Railways) secara berperingkat iaitu pada tahun 1957 dan 1958, menggantikan lokomotif berkuasa wap sebelum itu secara berperingkat.
Ia mengendalikan hampir kesemua perkhidmatan KTMB, sama ada pengangkutan barang atau penumpang, di seluruh rangkaian KTMB. Kelajuan maksimun adalah 96 km/j.
Pengenalan lokomotif Kelas 20, selain penggunaan angka 20 diikuti tiga angka jujukan, ia dikenali dengan nama-nama bunga. Lokomotif 20101 Bunga Raya telah dirasmikan pada 31 Julai 1957 oleh Menteri Pengangkutan, Ong Yoke Lin.
Berikutan faktor usia dan kemampuannya yang terhad, lokomotif Kelas 20 digantikan secara berperingkat, dan akhirnya ditamatkan perkhidmatannya pada tahun 1988 dan ada catatan mengatakan sehingga 1991.
Khidmat lokomotif Kelas 20 selama tiga dekad dengan KTMB adalah satu catatan sejarah gemilang yang mewarnai perkembangan dan kejayaan syarikat kereta api utama di Malaysia.
“Ganyang Malaysia”, Tiba-Tiba Senyap Kenapa Indonesia Berundur?
Written By Bp Channel on Friday, 24 April 2026 | 04:13
🇮🇩 “Ganyang Malaysia”, Tiba-Tiba Senyap
Kenapa Indonesia Berundur?
..........................
Slogan itu dulu bergema kuat.
“Ganyang Malaysia!”
Seolah-olah tiada jalan berpatah balik.
Namun hanya beberapa tahun kemudian… semuanya senyap.
Kenapa?
Adakah Indonesia kalah?
Atau ada sesuatu yang lebih besar berlaku di belakang tabir?
Jawapannya bukan di sempadan.
Tetapi di dalam negara itu sendiri.
Di bawah Sukarno, konfrontasi adalah simbol perjuangan.
Simbol menentang apa yang dianggap sebagai projek neo-kolonial oleh United Kingdom melalui pembentukan Malaysia.
Namun ketika slogan semakin kuat di luar…
Di dalam Indonesia, keadaan semakin rapuh.
Ekonomi jatuh.
Inflasi melambung.
Rakyat mula terbeban.
Kemudian datang satu peristiwa yang mengubah segalanya...
Gerakan 30 September 1965.
Negara masuk ke dalam krisis.
Kuasa Sukarno mula runtuh.
Dan dari kekacauan itu… muncul seorang tokoh baru.
Suharto.
Berbeza dengan Sukarno, pendekatan Suharto lebih pragmatik.
Baginya, Indonesia tidak mampu terus berperang.
Bukan kerana kalah.
Tetapi kerana negara sedang “terlalu penat untuk terus melawan.”
Akhirnya pada 1966, konfrontasi ditamatkan.
Tiada kemenangan besar.
Tiada pengisytiharan kalah.
Hanya satu keputusan realistik...
Berhenti.
Kerana kadang-kadang dalam sejarah…
Yang menentukan arah bukan siapa paling kuat.
Tetapi siapa yang masih mampu bertahan.
⁉️Soalan untuk anda:
Adakah Indonesia berundur kerana kalah… atau kerana mereka lebih bijak membaca realiti?
👉 Ikuti pengembaraan kami dalam episod seterusnya...
Rujukan:
Mackie, J.A.C. – Konfrontasi: The Indonesia-Malaysia Dispute
Leifer, Michael – Indonesia’s Foreign Policy
Kahin, George – Nationalism and Revolution in Indonesia
Andaya, Barbara & Leonard – A History of Malaysia
Dokumentasi rasmi 1963–1966
BUKTI kewujudan manusia zaman Mesolitik di Gua Bewah
Written By Berita Setiap Hari on Wednesday, 1 July 2015 | 09:05
BUKTI kewujudan manusia zaman Mesolitik di Gua Bewah, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu mungkin disia-siakan jika ditemui orang biasa.
Tulang berwarna kehitam-hitaman yang dijumpai di gua itu hanyalah kelihatan seperti kayu-kayu lama. Mungkin juga, rahsia kewujudan manusia di gua itu pada zaman yang juga dikenali sebagai zaman Hoabinh, Epi-Paleolitik atau zaman Batu Pertengahan itu tidak akan terbongkar jika penemuan tersebut diusik individu tidak bertanggungjawab.
Gua Bewah pernah menjadi lokasi penyelidikan ahli kaji sejarah selepas penemuan beberapa artifak pada tahun 1995. Bagaimanapun ekskavasi tersebut tertangguh begitu sahaja.
Akhirnya selepas 14 tahun, ekskavasi Gua Bewah bersambung semula apabila kali ini usaha itu digerakkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Lembaga Muzium Negeri Terengganu, Persatuan Sejarah Malaysia, Persatuan Pemandu Pelancong Negeri Terengganu dan beberapa individu perseorangan.
PENEMUAN tulang remaja wanita purba bakal mengubah sejarah kewujudan awal manusia di Terengganu.
Penyelia yang melakukan ekskavasi di gua tersebut yang juga Timbalan Pengarah Institut Tamadun dan Alam Melayu (ATMA) UKM, Datuk Profesor Nik Hasan Shuhaimi Nik Abdul Rahman memberitahu penyelidikan di gua tersebut yang dijalankan sejak 8 November tahun lalu diteruskan oleh 33 peserta selepas penyelidikan kali pertama yang dilakukan pada tahun 1995 terhenti.
Katanya penemuan artifak bersejarah mula ditemui dua hari kemudian selepas pihaknya membuka tiga petak di Gua Bewah. Antara artifak yang ditemui termasuklah tanduk kambing, tulang haiwan, alat batu jenis sumatralith, batu pengetuk, batu pelandas, pisau batu, sisa makanan dan sebagainya.
Sepanjang cari gali itu juga katanya, mereka turut menemui kesan atau sisa tanah liat yang dibakar.
Kemudian, sebuah petak lagi dibuka pada 22 November tahun lalu. Beberapa tembikar dari zaman Neolitik yang tertulis corak seperti rock painting yang pernah ditemui pengkaji di tapak cari gali zaman Neolitik seluruh negara dikeluarkan dari petak itu.
Di petak yang sama iaitu pada kedalaman 65 hingga 70 sentimeter, pihaknya menemui rangka yang dipercayai milik manusia prasejarah zaman Hoabinh yang disemadikan dengan cara mengerekot seperti dalam kandungan ibu.
"Rangka manusia remaja purba yang dikebumikan dalam keadaan mengerekot di tepi batu besar di muka gua itu menjelaskan lagi tentang kehidupan sebenar di situ satu masa dahulu," ujar Nik Hasan Shuhaimi.
AHMAD turut tidak ketinggalan melawat tapak ekskavasi di Gua Bewah.
Katanya penemuan itu juga membolehkan penyelidik membuat kesimpulan baru mengenai kehidupan di gua tersebut.
Ini kerana, penemuan itu mengubah sejarah Terengganu yang dikatakan hanya bermula sekitar 4,000 tahun lalu berdasarkan penemuan satu rangka manusia di Gua Batu Tok Bidan sebelum ini.
Kedudukan Gua Batu Tok Bidan tidak jauh dari Gua Bewah, namun telah ditenggelami air kerana pembinaan empangan pada tahun 1980-an.
Menyentuh lanjut mengenai rangka tersebut, menurut beliau lagi, pihaknya terpaksa meminta bantuan unit forensik untuk mengenal pasti rangka berkenaan dan laporan awal iaitu daripada bentuk pinggul dan saiz tulang menunjukkan rangka itu milik wanita berusia sekitar 20-an.
"Bagaimanapun, kita terpaksa menunggu laporan ujian sampel DNA (asid deoksiribonukleik) dari Amerika Syarikat bagi mengenal pasti punca kematian wanita itu.
"Tetapi kita tidak menolak punca kematiannya kerana penyakit ataupun wabak kerana wanita itu meninggal dunia pada usia muda," katanya.
Pintu masuk gua
Jelas beliau lagi, ekskavasi tersebut juga turut membongkar mengenai kedudukan sebenar pintu masuk gua itu.
Ini kerana, mengikut kajian masyarakat dahulu kala tidak akan mengebumikan mayat di laluan utama mereka.
GUA Bewah bukan sahaja berdiri gah sebagai sebuah gua batu kapur tetapi juga lokasi cari gali ahli kaji sejarah.
Fakta tersebut kemudiannya membawa kepada persoalan bagaimana penduduk di kawasan itu boleh memanjat bukit tersebut untuk masuk ke gua setiap hari atau bagaimana cara mereka mendapatkan bekalan makanan memandangkan pintu masuk gua agak curam.
Nik Hasan Shuhaimi memberitahu, akhirnya mereka sependapat bahawa pintu utama gua sekarang sebenarnya adalah bahagian belakang gua itu.
Kesimpulan itu membawa mereka untuk mengkaji bahagian belakang gua tersebut yang dipercayai merupakan laluan masuk sebenar penduduk yang menghuni gua berkenaan selama beberapa kurun.
"Berdasarkan keadaan tanah yang sesuai untuk pertanian, anak sungai sebagai sumber air serta sumber hutan lain di situ, kita percaya kawasan belakang gua itu adalah laluan utama ke gua tersebut dahulu.
"Cuma kita masih belum menemui jalan masuk itu kerana ia mungkin tertimbus ekoran perubahan keadaan gua disebabkan pengaruh masa," katanya ketika ditemui pada sesi lawatan bersama Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said di situ baru-baru ini.
Jelasnya, tempoh lebih 10,000 tahun telah mengubah bentuk geografi di dalam gua itu apabila batu kapur yang membentuk stalagmit dan stalaktit di dalam gua membesar dan akhirnya menutup laluan sebenar ke gua bersejarah tersebut.
Ular penunggu gua
Bercerita mengenai pengalaman sepanjang kajian itu, Nik Hasan Shuhaimi memberitahu, mereka tidak menghadapi sebarang masalah tetapi kerja-kerja mereka sentiasa diperhatikan dua ekor ular semasa menjalankan ekskavasi tersebut.
GUA Bewah kini turut dijadikan sebagai salah sebuah destinasi pelancongan.
"Salah seekor ular itu berwarna putih dan ia selalu berada di atas batu besar tempat kubur itu ditemui. Seekor lagi berbelang dengan warna kehijau-hijauan," katanya yang percaya kedua-dua ekor ular itu merupakan penunggu gua itu.
Namun katanya, bagi memudahkan kerja-kerja penggalian mereka terpaksa menggunakan serbuk belerang yang ditabur di sekeliling petak penggalian bagi memastikan mereka tidak 'diganggu'.
Jelasnya, kerja-kerja penggalian kali kedua itu lebih mudah dilakukan berbanding kajian pertama pada tahun 1995 apabila salah seorang peserta ekskavasi diserang histeria sebaik tiba di tapak tersebut.
Namun, katanya, semua cabaran itu tidak akan mematahkan semangatnya dan ahli-ahli pasukan untuk mengkaji akar umbi sejarah negara ini.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0306&pub=Kosmo&sec=Horizon&pg=ho_01.htm#ixzz3OGqPKCri
Hakcipta terpelihara
Hari Ini Dalam Sejarah 26/12
Written By Berita Setiap Hari on Wednesday, 25 December 2013 | 20:37
Tsunami Aceh
Pada hari ini dalam tahun 2004, bencana ombak besar ’tsunami’ telah melanda negara-negara Asia terutamanya penduduk di antaranya ialah Malaysia, Acheh, Sri Lanka, India, Maldives, dan Thailand. Di Malaysia, kawasan-kawasan yang terjejas ialah di persisiran pantai Pulau Pinang, Kedah, Perak, dan Perlis. Di Pulau Pinang kawasan yang terlibat ialah pantai Miami, Tanjong Tokong di Batu Feringgi, Pantai Pasir Panjang, Pulau Betong, Teluk Bahang, Balik Pulau dan Pantai Kuala Bekah. Di negeri Kedah, kawasan yang dilanda ’tsunami’ ialah Kota Kuala Muda dan perkampungan nelayan di Pulau Langkawi. Manakala kawasan di negeri Perak sekitar Tanjung Piandang dan Kuala Sanglang di Perlis turut terjejas. Tragedi tersebut berpunca dari gempa bumi berukuran 8.9 pada skala Richter di barat Sumatera dan di sifatkan paling dahsyat di dunia dalam tempoh 40 tahun. Gempa bumi yang berlaku di bawah dasar laut dengan gegaran dapat di rasai beribu-ribu kilometer jauhnya menyebabkan ombak besar berlaku pada paras kelajuan 700 kilometer sejam menyapu bersih bangunan, rumah-rumah dan sebagainya. Angka mangsa yang terkorban dan hilang dalam tragedi ombak tsunami di Indonesia, Sri Lanka, India, Maldives, Somalia, Myanmar, Tazania, Bangladesh, Seychelles, Kenya dan Thailand ini dilaporkan berjumlah 216,858 orang termasuk 68 orang di Malaysia. Sesungguhnya melalui tragedi ini, pelbagai pihak telah mengambil insiatif dengan menghulurkan bantuan kemanusiaan untuk meringankan beban yang di tanggung oleh mangsa-mangsa tsunami terutama di negara-nergara yang terlibat.
UNDANG-UNDANG PERAIRAN DAERAH KRIAN DIKUATKUASAKAN
Pada hari ini dalam tahun 1905, Undang-undang Pengairan Krian telah dikuatkuasakan. Ia juga dikenali dengan nama Enakmen Pengairan Krian 1905. Enakmen ini mempunyai beberapa peraturan, larangan dan hukuman yang berkaitan dengan pengairan di Krian. Undang-undang tersebut dilaksanakan untuk memudahkan pentadbiran dan pembangunan yang dijalankan selain menjaga keadilan kepada masyarakat awam. Enakmen ini meliputi Daerah Krian sahaja di mana ia memperuntukan perkara-perkara berkaitan kuasa dan tanggungjawab Residen dengan persetujuan Residen Jeneral. Pengumuman dalam Warta Kerajaan digunakan untuk mengenal pasti tanah-tanah dalam pengairan tersebut sama ada diusahakan atau tidak. Sekiranya diusahakan, kadar air tahunan akan dikenakan. Jika tidak, sebarang perusahaan, penanaman dan lain-lain tujuan tidak akan dibenarkan. Aktiviti tanpa persetujuan pegawai, boleh dikenakan tindakan iaitu penjara 6 bulan atau denda seratus ringgit atau kedua-duanya sekali. Berikutan penguatkuasaan enakmen in, ia dapat mengawal dan menjaga sistem pengairan secara lebih sempurna. Secara tidak langsung, aktiviti pertanian dapat dijalankan dengan lebih teratur dan hasil keluaran dapat ditingkatkan.
BANJIR BESAR DI PERAK
Pada hari ini dalam tahun 1926, detik bersejarah yang tidak dapat dilupakan oleh setiap penduduk di negeri Perak dan seluruh Tanah Melayu ialah banjir besar telah melanda seluruh negeri Perak dan kemudiannya merebak ke seluruh Tanah Melayu. Peristiwa ini lebih dikenali sebagai ’Bah Besar’ tahun 1926. Hampir kesemua penduduk di negeri Perak dan Tanah Melayu turut merasakan pahit getir penderitaan akibat banjir yang memusnahkan jiwa dan harta. Banjir ini telah menenggelamkan seluruh negeri Perak, terutama kawasan-kawasan penempatan di sekitar Sungai Perak, Sungai Kinta dan Sungai Batang Padang iaitu Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta Batang Padang dan Hilir Perak. Malahan keadaan banjir ini menjadi lebih buruk apabila ianya mulai melanda seluruh Tanah Melayu sehingga 28 Disember 1926. Kejadian banjir ini, berpunca daripada kawasan tanah Perak yang rendah, serta paras airnya yang tinggi sehingga melebihi paras tebing Sungai Perak yang biasanya mempunyai ketinggian 105 kaki. Ekoran daripada hujan lebat yang turun tidak berhenti-henti. Maka pada 30 Disember 1926, paras air naik melebihi 143.8 kaki iaitu lebih teruk berbanding paras air banjir semasa dalam tahun 1897. Oleh yang demikian, bagi membantu mangsa-mangsa banjir, satu gerakan penempatan sementara dan bantuan kecemasan telah ditubuhkan oleh kerajaan. Untuk itu kira-kira 10,000 hingga 12,000 buah penempatan semula telah disediakan. Satu perkhidmatan pengangkutan keretapi khas telah disediakan untuk memindahkan mangsa-mangsa banjir dari Kuala Kangsar ke Taiping dan kemudiannya ditempatkan semula ke Kolej Melayu, Kuala Kangsar. Susulan itu, sejumlah RM25,000 telah diperuntukan untuk memperbaiki jalan-jalan raya dan jambatan-jambatan yang rosak akibat banjir. Disamping itu juga kerajaan negeri turut menerima sumbangan sejumlah RM100,000 dari badan-badan kebajikan sukarela dari seluruh Persekutuan Tanah Melayu dan negeri Perak, untuk membiayai kerja-kerja pemulihan pembangunan semula. Sesungguhnya banjir besar pada hari ini telah mencatatkan sejarah hitam bagi Perak, dan kesannya kerajaan terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk memulihkan semula keadaan di Perak.
YTM TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ DILANTIK SEBAGAI
Pada hari ini dalam tahun 1970, YTM Tunku Abdul Rahman Putra, telah disahkan pelantikan sebagai Setiausaha Agung pertama bagi Sekretariat Islam. Pengesahan tersebut telah dibuat dalam Persidangan Menteri-menteri Luar Negara-negara Islam di Karachi, Pakistan. Persidangan yang berlangsung selama tiga hari itu telah dihadiri oleh 23 buah negara Islam bagi membincangkan perkara-perkara yang telah disusun dalam sidang di Jeddah pada bulan Mac 1970. Persidangan yang berlangsung ini telah membincangkan beberapa agenda penting yang bertujuan untuk meninggikan kedudukan ekonomi, politik, sosial dan kebudayaan Islam. Ia juga bertujuan untuk menyelaras kegiatan-kegiatan dan keperluan negara-negara Islam sesuai dengan perkembangan dunia. Ketika berucap pada persidangan itu, Tunku menyatakan bahawa banyak perkara boleh dicapai dan selesaikan oleh Negara-negara Islam sekiranya bersatu dan jujur dalam menyelesaikan permasalahan secara kolektif. Sesungguhnya, perlantikan Tunku Abdul Rahman Putra sebagai Setiausaha Agung pertama bagi Sekretariat Islam, merupakan pengiktirafan dan penghormatan yang tinggi kepada Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang kecil.
UNDANG-UNDANG PERAIRAN DAERAH KRIAN DIKUATKUASAKAN
Penguatkuasaan Undang-undang memainkan peranan yang penting dari segi menjaga keadilan kepada masyarakat awam. Selain daripada memudahkan pentadbiran dan pembangunan yang dijalankan. Satu Undang-undang Pengairan Krian telah dikuatkuasakan. Undang-undang ini yang dikenali dengan Enakmen Pengairan Krian 1905 mempunyai beberapa peraturan-peraturan, larangan-larangan dan hukuman yang berkaitan dengan pengarian di Krian seperti penamaan, penjagaan, pengurusan dan lain-lain. Enakmen ini meliputi Daerah Krian sahaja memperuntukan perkara-perkara berkaitan dengan :
Residen mempunyai kuasa, berdasarkan persetujuan Residen Jeneral. Dengan mengumumkan di dalam Warta Kerajaan untuk mengenalpasti tanah-tanah dalam pengairan tersebut dan mengenakan kadar air tahunan ke atas tanah-tanah tersebut berdasarkan pada pengkelasan tertentu dan Residen juga berhak dari semasa ke semasa untuk peluaskan atau menghentikan sama sekali pengurusan tersebut.Residen juga bertanggungjwab dengan mengumumkan didalam Warta berhubung dengan tanah-tanah yang tidak diusahakan dalam pengairan itu supaya tidak digunakan untuk sebarang perusahaan, penamaan dan lain-lain tujuan kecuali yang telah dinyatakan atau telah dikenalpasti.Jika seseorang melakukan pembinaan terusan, jalan air, parit, saluran atau kolam di dalam kawasan pengairan tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan bertulis daripada pegawai yang ditugaskan ke atas akan boleh dikenakan dakwaan yang membawa kepada hukuman penjara selama 6 bulan ataupun denda seratus ringgit atau kedua-dua sekali.
Enakmen yang dikuatkuasakan di kawasan Krian sahaja ini diadakan bertujuan untuk mengawal dan menjaga sistem pengairan secara lebih sempurna dengan itu aktiviti pertanian dapat dijalankan dengan lebih teratur dan di samping itu dapat meningkatkan hasil keluaran.
--Akib Negara
Hari Ini Dalam Sejarah 18/12
Written By Berita Setiap Hari on Tuesday, 17 December 2013 | 19:43
![]() |
| Tambah kapsyen |
Bebas tanpa pengawasan pemilik
BESTARI JAYA - Masalah lembu yang dibiarkan lepas di sepanjang Jalan Raja Musa, di sini menimbulkan rungutan kepada pengguna jalan raya apabila boleh mengundang bahaya terhadap keselamatan diri terutamanya pada waktu malam.
Lebih membimbangkan, insiden kemalangan membabitkan penunggang motosikal yang maut selepas melanggar lembu masih menjadi buah mulut penduduk setempat sekali gus memohon pihak berkenaan mengambil tindakan segera.
Penghulu Mukim Bestari Jaya, Hanis Zahari menjelaskan, dia pun tidak terkecuali berdepan bahaya apabila melalui kawasan itu kira-kira jam 2 pagi untuk menziarahi ibu kawan yang meninggal dunia.
Menurutnya, ketika melalui jalan itu secara tiba-tiba seekor lembu melintas menyebabkan dia cemas namun sempat mengawal pemanduan. Jika dia tidak bersedia pastinya berdepan kemalangan.
“Saya masih terkejut dan cemas dengan insiden itu malah tertanya-tanya sama ada itu tindakan semulajadi lembu atau diasak individu tertentu yang berniat jahat untuk menyebabkan kemalangan.
“Kita tak tahu apa yang berlaku dan tak mustahil itu menjadi salah satu taktik jenayah untuk mengakibatkan kemalangan dan seterusnya merompak pengguna jalan raya yang melalui jalan itu pada waktu malam,” katanya.
Hanis berkata, sewajarnya masalah ini diberi perhatian pihak berwajib kerana rata-rata penduduk mengadu isu yang sama kepadanya memandangkan sehingga kini difahamkan tiada tindakan proaktif diambil.
“Saya hanya boleh nasihatkan penduduk supaya lebih berhati-hati ketika melalui jalan itu dan sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling sekiranya memandu atau menunggang seorang diri.
“Memang bahaya kalau lalu jalan ini pada waktu malam kerana pengusaha lembu seolah-olah tidak menitikberatkan soal keselamatan pengguna dengan membiarkan lepas lembu tak kira waktu.
“Bila jalan yang dinaiktarafkan ini siap, pastinya lebih banyak kenderaan akan melalui kawasan ini dan sewajarnya isu lembu berkeliaran diselesaikan terlebih dahulu untuk menggelakkan insiden kemalangan,”
katanya.
Pengguna, Mohd Rashdan Abdullah berkata, mungkin sikap pengusaha lembu yang mementingkan diri sendiri ini perlu diubah dan jangan jadikan alasan tiada kandang yang sesuai mengizinkan mereka melepaskan lembu sesuka hati.
“Rata-rata saya baca dalam media yang pengusaha lembu ini beri alasan tiada kandang atau tanah yang luas untuk lembu. Jadi mereka lepas tangan dan biar saja lembu lepas ke mana-mana.
“Bila petang, mereka mula cari lembu yang entah kemana-mana perginya. Yang peliknya, pengusaha lembu itu tak kisah membiarkan lembu dia berkeliaran tanpa pengawasan yang boleh dicuri orang.
“Mungkin mereka kaya dan mempunyai beratus lembu...sebab itu tak kisah kalau ada dua atau tiga lembu dicuri orang,” katanya kepada Sinar Harian.
--SinarHarian
Hari Ini Dalam Sejarah- 16/12
Written By Berita Setiap Hari on Sunday, 15 December 2013 | 19:55
PENUBUHAN BATTALION PERTAMA REGIMEN PERSEKUTUAN-Tarikh Peristiwa pada 16-12-1953
Pada hari ini dalam tahun 1953, Battalion Pertama Regimen Persekutuan telah ditubuhkan dengan rasminya bersempena dengan perbarisan ulungnya di Taiping, Perak. Upacara berwarna-warni ini telah mencatatkan satu detik yang bersejarah ke arah perkembangan angkatan tentera yang menjadi benteng pertahanan di negara ini. General Sir Gerald Templer merupakan 'bapa' kepada regimen ini tidak dapat turut bersama dan telah diwakili oleh General Sir Hugh Stockwell. Di dalam perutusannya, Sir Gerald Templer telah mengingatkan anggota-anggota tentera bahawa tingkah laku, disiplin dan keberanian mereka adalah perkara yang penting dan mempengaruhi keadaan negara ini. Battalion Pertama Regimen Persekutuan tersebut merupakan pasukan tentera yang dianggotai oleh semua kaum. Anggota-anggotanya terdiri daripada 40 peratus Melayu, 40 peratus Cina dan 20 peratus India serta kaum-kaum lain. Kumpulan pelatih pertama adalah seramai 140 orang mula menjalani latihan dalam bulan September 1952. Pegawai Pemerintah Pertama Battalion tersebut adalah Leftenan Kolonel T. H. Trevor. Sesungguhnya, penubuhan Battalion Regimen Persekutuan ini merupakan satu catatan bersejarah dalam perkembangan angkatan tentera di negara ini yang menuju ke arah kemajuan dan pembentukan identitinya.
eboss
16-12-2009, 03:41 PM
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MENJADI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI PERTAMA MENJADI AHLI UNIVERSITI APPLE COMPUTER (AUC) DENGAN TERMETERAI PERJANJIAN-Tarikh Peristiwa pada 16-12-1986
Pada hari ini 16.12.1986, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), telah muncul sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi di negara ini yang pertama menjadi ahli Konsortium Universiti Apple Komputer (AUC) melalui satu perjanjian yang ditandatangani. Perjanjian tersebut telah ditandatangani di antara Naib Canselor UTM, Tan Sri Ainuddin Abdul Wahid dengan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Sapura Holding, Datuk Shamsuddin Abdul Kadir yang mewakili anak syarikatnya, Uniphone Sdn. Bhd, yang merupakan pemegang francais pengedaran komputer Apple di Malaysia. Turut sama menandatangani perjanjian di upacara tersebut ialah Pengarah Urusan Apple Computer International Ltd., En. Mike Rashkin. Berucap semasa upacara tersebut, Encik Rashkin berkata Konsortium Universiti Apple Komputer telah ditubuhkan pada tahun 1984 dengan dua matlamat utama iaitu untuk membolehkan universiti yang menjadi ahli membeli komputer Apple dengan harga yang berpatutan dan menyediakan bidang profesional untuk ahli bertukar pengalaman dan perisian yang telah dibentuk. Sesungguhnya dengan termeterai perjanjian tersebut, diharap akan menjadi ikutan kepada institusi-institusi pengajian tinggi yang lain, demi untuk meningkatkan kemajuan dan perkembangan komputer di Institusi masing-masing.
eboss
16-12-2009, 03:42 PM
PERJANJIAN AWAL PROJEK UREA MALAYSIA-INDONESIA DIMETERAI-Tarikh Peristiwa pada 16-12-1978
Kerjasama di antara negara-negara ASEAN terutama di bidang-bidang ekonomi sosial dan kebudayaan sentiasa dijaga dan dihormati. Negara-negara anggota sentiasa berusaha memanfaatkan sumber-sumber semulajadi yang ada di negara masing-masing. Pada hari ini satu perjanjian di antara Malaysia-Indonesia, mengenai baja urea telah dimeterikan. Ini adalah perjanjian awal mengenainya setelah kajian kemungkinan masing-masing telah selesai disiapkan. Perjanjian ini dimeterai semasa mesyuarat ke 7 Menteri-menteri Ekonomi Asean yang berlangsung di Kuala Lumpur. Perwakilan Malaysia di mesysuarat ini diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Perdagangan dan Perindustrian Y.B. Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, Menteri Perusahaan Utama, Encik Paul Leong dan Menteri Pengangkutan, Tan Sri V. Manickavasagam. Menurut Datuk Sri Dr. Mahathir Mohamed projek baja urea ini akhirnya telah dapat dilaksanakan setelah terpaksa menghadapi beberapa halangan. Dalam perjanjian ini para menteri telah bersetuju bahawa saham akuiti bagi kedua-dua projek baja urea mestilah 60 peratus dipegang oleh negara tuan rumah dan 13 peratus oleh negara-negara anggota ASEAN yang lain melainkan Singapura memegang hanya 1 peratus. Projek baja urea ini adalah salah satu daripada 5 projek ASEAN yang telah dipersetujui di Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan di Bali pada tahun 1975. Projek-projek lain termasuklah projek Enjin Diesel bagi Singapura, Projek Abu Soda bagi Thailand dan Projek Sodium Phosphate bagi Filipina. Projek-projek ini menghadapi beberapa masalah teknikal di mana telah terlambat daripada tempoh yang dirancangkan. Hanya projek baja Urea Malaysia- Indonesia sahaja memperlihatkan perkembangan positif.
Perdana Menteri Dato' Hussin Onn semasa berucap di perasmian mesyuarat ini meminta negara-negara ASEAN berusaha menjayakan projek-projek ASEAN dengan menyelesaikan rintangan dan masalah yang dihadapi. Ini kerana Ketua-ketua Kerajaan ASEAN mahukan projek-projek ini menjadi kenyataan demi kepentingan ekonomi, perpaduan dan kerjasama dalam ASEAN. Beberapa perjanjian lain turut sama ditandatangani sepanjang mesyuarat ini termasuklah yang berkaitan dengan projek-projek ASEAN ataupun dengan negara-negara lain seperti Australia dan Jepun. Negara-negara ASEAN sentiasa berusaha ke arah mewujudkan suasana ekonomi, perpaduan dan politik yang stabil di rantau ini. Setiap pendapat mengenai satu-satu pendirian akan dibincang dan diselesaikan bersama dengan semangat setiakawan yang kukuh.
eboss
16-12-2009, 03:43 PM
BELANJAWAN MALAYSIA YANG PERTAMA DIBENTANGKAN-Tarikh Peristiwa pada 16-12-1963
Pada hari ini 16.12.1963, Belanjawan Malaysia yang pertama telah dibentangkan di Dewan Rakyat oleh Menteri Kewangan Encik Tan Siew Sin. Peruntukan bagi Persekutuan Tanah Melayu sahaja adalah sebanyak $1,254 juta dan sebanyak $71 juta dari jumlah ini adalah untuk perbelanjaan kerajaan pusat. Hasil yang akan diperolehi oleh Persekutuan Tanah Melayu dalam tahun 1964 adalah dianggarkan sebanyak $1,118 juta. Peruntukan bagi negeri Sarawak sebanyak $53 juta, negeri Sabah $42 juta dan anggaran belanjawan perkhidmatan bekalan bagi negeri Singapura adalah sebanyak $78 juta. Sebanyak $256.5 juta telah diperuntukan bagi Kementerian Pertahanan. Pertambahan adalah sebanyak $26.5 juta atau 69 peratus lebih dari jumlah peruntukan bagi tahun 1963. Encik Tan Siew Sin menerangkan penambahan ini perlu bagi persediaan mempertahankan negara dari ancaman luar. Sebanyak $28,959,209 telah diperuntukan bagi Kementerian Pembanguan Luar Bandar. Dengan peruntukan ini penduduk luar bandar akan dapat menikmati kemajuan dalam rancangan pembangunan negara yang sedang pesat dilancarkan.
Manakala peruntukan lain ialah:-
Kementerian Kesihatan $98,022,372.
Kementerian Pertanian $15,364,986.
Kementerian Keselamatan Dalam Negeri $103,670,525.
Peruntukan Khas Polis Diraja Malaysia sebanyak $101.6 juta.
Hari Ini Dalam Sejarah -15/12
MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI, PULAU PINANG-Tarikh Peristiwa pada 15-12-1976
Pada hari ini dalam tahun 1976, Majlis Perbandaran Seberang Perai telah ditubuhkan di bawah Seksyen 3, Akta Kerajaan Tempatan Bil. 717 tahun 1976. Majlis Perbandaran Seberang Perai adalah cantuman daripada tiga buah Majlis Daerah di Seberang Perai iaitu Majlis Daerah, Daerah Tengah, Daerah Utara dan Daerah Selatan. Majlis tersebut ditadbirkan oleh Yang Di Pertua dan 24 orang Ahli Majlis yang kesemuanya dilantik oleh Pihak berkuasa Negeri. Objektif penubuhan Majlis adalah untuk memelihara alam sekitar dan ekologi serta memastikan pembangunan yang rasional melalui perancangan dan pembangunan. Selain daripada itu, objektif penubuhan majlis tersebut adalah termasuk menyediakan kemudahan kesihatan awam yang perlu melalui penguatkuasaan berbagai undang-undang kecil, memberi perkhidmatan-perkhidmatan pengangkutan awam dengan cara menyediakan perkhidmatan bas dan membantu di dalam penyediaan rumah-rumah untuk rakyat. Majlis Perbadanan Seberang Perai terdiri daripada sembilan Jabatan iaitu Jabatan Urusetia, Undang-undang, Perbendaharaan, Kesihatan, Haiwan, Bangunan, Jabatan Perancang Bandar, Taksiran dan Jabatan Kejuruteraan. Sesungguhnya, penubuhan Majlis Perbadanan Seberang Perai telah memberi kemudahan untuk pembangunan masyarakat dalam mencapai objektif negara.
eboss
15-12-2009, 10:21 AM
TUNKU ABDUL RAHMAN MERASMIKAN KONGRES KERJASAMA -Tarikh Peristiwa pada 15-12-1966
Pada hari ini dalam tahun 1966, Perdana Menteri, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj telah merasmikan Kongres Kerjasama yang telah berlangsung di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Ketika berucap pada upacara perasmian tersebut Tunku menyatakan bahawa pendekatan terbaik untuk menggalakkan penyertaan dan kemajuan kaum Bumiputera dalam bidang ekonomi ialah melalui Syarikat-Syarikat Kerjasama yang diwujudkan. Ini kerana melalui Syarikat-Syarikat Kerjasama kontrak-kontrak besar dapat diagih-agihkan kepada mereka. Kongres yang diadakan ini telah membangkitkan beberapa perkara penting berkaitan dengan cadangan penubuhan Persatuan Kerjasama Kebangsaan yang akan mengabungkan lebih daripada 3000 buah Syarikat Kerjasama yang terdapat di bandar dan luar bandar. Kongres ini juga telah mencadangkan kepada penubuhan sebuah Bank Kerjasama. Sesungguhnya, Kongres Kerjasama yang diadakan ini telah dapat membantu meningkatkan lagi tahap ekonomi bumiputera dan menggalakkan penyertaan lebih ramai lagi kaum Bumiputera mencebur diri dalam syarikat-syarikat kerjasama.
eboss
15-12-2009, 10:22 AM
SEMINAR PEMBANTU KHIDMAT PELADANG DI SERDANG, SELANGOR-Tarikh Peristiwa pada 15-12-1982
Pada hari ini 15.12.1982 Timbalan Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Datuk Haji Ahmad Arshad telah merasmikan Seminar Pembantu Khidmat Peladang bertempat di Serdang, Selangor.
Seminar tersebut telah dihadiri oleh 60 orang peserta dari LPP seluruh negara. Di antara beberapa matlamat utama Seminar Pembantu Khidmat Peladang adalah seperti berikut:-
Menggalakan kaum tani menjadi ahli mana-mana Pertubuhan Peladang Tempatan
Untuk memajukan ekonomi masyarakat peladang
Untuk meninggikan pengeluaran dan pendapatan mereka
Untuk menambah pengetahuan dan memperbaiki taraf hidup mereka
Menggalakan kerjasama antara peladang
Dalam Seminar tersebut Datuk Haji Ahmad Arshad telah membuat kenyataan bahawa LPP telah menubuhkan Jawatankuasa Penyelarasan untuk mengatur rancangan jangka pendek termasuk kempen-kempen bagi menarik lebih ramai ahli memasuki pertubuhan itu. Di antara anggota -anggota jawatankuasa itu terdiri daripada orang-orang yang berpengaruh termasuk ahli Exco Pertanian dan Ahli Dewan Undangan Negeri. Seterusnya beliau berkata, setakat ini hanya 45 peratus kalangan petani di seluruh negara yang menyertai persatuan-persatuan peladang dan hanya 10 peratus dari mereka sahaja yang terlibat secara aktif. Para petani yang menyertai mana-mana persatuan peladang adalah lebih tinggi dari segi pencapaian sosial dan ekonomi mereka. Pelbagai usaha telah dan sedang dijalankan oleh LPP di antaranya mencari satu teknik pendekatan baru, sumber ilham yang baru, motivasi dan lain-lain untuk meningkatkan taraf hidup petani-petani khususnya ahli-ahli persatuan peladang. Seminar yang diadakan pada hari ini diharapkan akan memberi kesedaran kepada para petani supaya menjadi ahli persatuan peladang yang berwawasan demi untuk mengurangkan jurang perbezaan hidup di kalangan petani.
eboss
15-12-2009, 10:23 AM
PERJANJIAN PERDAGANGAN DI ANTARA BELANDA DENGAN SULTAN MAHMUD ISKANDAR SHAH DITANDATANGANI-Tarikh Peristiwa pada 15-12-1653
Pada hari ini 15.12.1653, satu Perjanjian Perdagangan di antara Belanda yang diwakili oleh Joan Trujiman dengan Sultan Perak, Sultan Mahmud Iskandar Shah telah ditandatangani. Perjanjian Perdagangan seperti ini pernah dibuat di antara Belanda dengan Sultan Perak sebelumnya. Almarhum Sultan Muzaffar Shah II dalam tahun 1650. Perjanjian ini dibuat ketika negeri Perak masih lagi diawasi oleh pihak Belanda. Pihak Belanda telah menuntut gantirugi daripada Sultan Mahmud Iskandar Shah kerana dalam tahun 1651, semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah II, orang-orang Perak telah membinasakan loji-loji Belanda di Kuala Perak. Perjanjian ini juga menyatakan bahawa hanya pihak Belanda sahaja dibenarkan membeli bijih timah di Perak. Walaubagaimanapun orang-orang Perak tidak pernah menepati perjanjian tersebut. Mereka masih menjual bijih timah kepada saudagar-saudagar bangsa lain dengan mendapat harga yang lebih tinggi. Keadaan ini menyebabkan perniagaan Belanda terganggu dan merosot. Pihak Belanda terpaksa meninggalkan loji-loji perniagaan mereka di Kuala Perak dan seterusnya telah menyekat dan mengepung Kuala-kuala sungai dan perairan laut di sepanjang pantai Perak dengan tujuan untuk menyekat saudagar-saudagar bangsa lain datang membeli bijih timah di Perak. Semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah juga orang-orang Belanda telah menduduki Pulau Pangkor dan membina sebuah kota di Teluk Gedung bertentangan dengan pantai Teluk Muruk.
Pihak Belanda berharap dengan adanya kota yang kuat mereka akan dapat mengawal urusan perniagaan di perairan Perak. Tetapi dalam tahun 1690 orang-orang Perak dengan diketahui oleh Panglima Kulub telah menyerang kota Belanda di Teluk Gedung dan berjaya mengusir orang-orang Belanda dari kota tersebut. Perjanjian demi perjanjian diadakan di antara Belanda dengan negeri Perak, tetapi orang-orang Perak masih enggan mematuhi syarat-syarat yang terkandung di dalam perjanjian-perjanjian tersebut. Begitu juga dengan perjanjian perdagangan di antara Belanda dengan Sultan Mahmud Shah yang ditandatangani pada hari ini dalam tahun 1653, telah tidak mendatangkan apa-apa kesan faedah.
--akib negara
11/12/13 Genap 20 Tahun Tragedi Kondominium Highland Tower
Written By Berita Setiap Hari on Wednesday, 11 December 2013 | 05:27
KISAH runtuhan Highland Tower barangkali adalah kisah baharu bagi golongan muda yang lahir sekitar awal 1990-an.
Pada 11 Disember 1993 Negara kita di gemperkan dengan tragedi yang cukup meninggalkan kesan pada rakyat malaysia khususnya pada penghuni Kondominum tersebut. Tragedi tersebut adalah satu-satunya tragedi bangunan runtuh yang pertama dan terburuk setelah Malaysia mencapai kemerdekaan. Seramai 48 orang terkorban dalam tragedi yang menyayat hati ini. Highland Towers merupakan tiga blok pangsapuri 12 tingkat yang dinamakan Blok 1, Blok 2 dan Blok 3. semasa peristiwa ini berlaku admin masih bersekolah di dalam tingkatan 2.
Kini, lokasi runtuhan sering dijadikan subjek buat pemburu entiti paranormal, begitu juga dengan penggiat seni yang mahu mencari kelainan dalam fi lem terbitan mereka.
Pelbagai cerita misteri, cerita seram kita dengar tentang Highland Tower.antara cerita misteri tersebut laungan panjang dan sayu yang di alami sendiri oleh mazidul akma sidik, cahaya aneh yang di alami oleh kru penyingkap fakta dan pelbagai lagi cerita pelik dan misteri tentang highland tower.
Setelah terbiar 20 tahun di tumbuhi semak samun dan menjadi sarang penagih tak lama lagi semuanya akan berlalu di telan arus zaman, kisah misteri higland tower, kisah hantu dan kisah tragedi tersebut akan tersimpan di lipatan sejarah negara kita kerana tapak higland tower kini akan dijual melalui tender oleh AmBank (M) Bhd
Dalam tragedi tersebut hanya 2 orang teselamat pembantu rumah warga Indonesia, Umi Rashidah Khoruman, 22 dan anaknya Nur Hamidah Najib, 48 orang di sahkan terkorban, antara meraka yang terkorban adalah
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
1.Rohana Bano Mushtak Ahmad, 29
2.Mohammad Budi Abdullah @ Robin Williams Wharton, 44
3.Mohammad Adam, 6 months
4.The son of former Deputy Prime Minister of Malaysia, Datuk Musa Hitam, Carlos Rashid and his 5.wife, Rosina Datuk Abu Bakar.
6.Korean woman, Bahk Jung Soon, 45, and her daughter Bahk Hee Won.
7.Koh Yuet Met
8.Gene Koh Wai Keong, 15
9.Brandon Koh Wai Hong, 6
10.Daryl Koh Wai Kin, 3.
11.Yap Kien Seng, 18.
12.Yap Woei Ning
13.Yap Hsiao Mei, 18 and her mother - Wong Mee Thai, 35
14.Datin Milly Lee, 55
15.Teo Tea
16.Ong Yong, 53
17.Douglas Ong Tee Ming, 17.
18.Fatimah Abdul Majid, 66
19.Che Mariam Abdul Majid, 76
20.Noranira Mohamed Nor, 15
21.Nik Mohamed Baharuddin, 41
22.Shizue Nakajima, 50
23.Dr Anne George,
24.Debbie George
25.Sharon George
26.Majnawiyah Masnawi, 25
27.Amirah Nor Hamzah, 15
28.Fergus Phang Thien Liang, 26
29.Phang's mother, Ivy Lim Ai Bee
30.Phang's grandmother, Cheng Kim Tai
31.Trimah Ngarijo
32.Yusna Anuar
33.Farah Aruzi
34.Lee Mun Lin
35.Tony Lou Yoke Yong
36.Adrian Lou Chung Wei
37.Barry Lou Ka Wei
38.Sajjive Chandran
39.Prakash Chandran
40.Radha Chandran
41.Quah Li Jun
42.Chiew Poh Wah
43.Goh Fong Kiew
44.Judith Mosquiter
45.Suharti Kusban
46.Aribinda Datta
47.Rita Datta
48.Mohan Raj
1 2 3 3
Kajian geologi mengatakan Highland Tower Runtuh disebabkan oleh pergerakan aliran air dibwah tanah.
Pelbagai pihak melakukan kajian terhadap tanah runtuh khususnya di Bukit Antarabangsa yang melibatkan Highland Towers. Antaranya ialah Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).Hampir setiap universiti mempunyai pusat penyelidikan dan kepakaran berkaitan alam sekitar malah lebih mengkhusus lagi kepada tanah runtuh antaranya seperti Pusat Penyelidikan Tanah Runtuh Negara (Nasec) di UiTM dan Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (Lestari) di UKM. Pusat Penyelidikan Tanah Runtuh Negara (Nasec) di UiTM
Punca tanah runtuh
Musim tengkujuh di Malaysia iaitu bulan November dan Disember membawa hujan lebat melampau setiap tahun dan boleh menyebabkan banjir , banjir kilat dan tanah runtuh. Blok 1 Highland Towers runtuh selepas hujan yang turun 10 hari berturut-turut menyebabkan gelongsoran tanah selepas tembok penahan tempat meletak kereta kondominium itu runtuh. Kadar air luar biasa menyebabkab tahap kelembapan tanah, kekuatan struktur tanah, keseimbangan kandungan bendalir di dalam tanah dan pelbagai lagi perkara yang berkaitan.[1] Hutan Hujan Khatulistiwa yang padat memenuhi Banjaran Titiwangsa dengan daunnya yang lebar serta berakar tunjang, sekali gus mampu menampung dan menerima taburan hujan yang lebat dan bertindak sebagai pemangkin kepada tanah. Apabila tidak ada tanaman tutup bumi, air akan meresap ke dalam tanah dan menjadi pelincir kepada gelongsoran tanah dan bangunan di atasnya.
Kesilapan dalam rekabentuk tembok penahan yang dibina di belakang Blok Satu Kondominium Highland Towers mungkin antara punca berlakunya tanah runtuh di situ. Perunding jurutera geoteknikal, Prof Noel Edward Simons menyalahkan rekabentuk tembok penahan yang tidak sempurna.
Jurutera Perunding Geoteknikal, Dr Alan George Weeks menyatakan pangsapuri Highland Towers runtuh hasil daripada pergerakan bawah tanah yang bermula dari kawasan runtuhan lereng bukit milik Arab-Malaysian Finance Bhd (AMFB) di belakang pangsapuri itu. Beliau menolak kesimpulan oleh pakar Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) , Prof Noel Edward Simons . Tanah runtuh kerana keruntuhan besar dan bukan beberapa siri keruntuhan seperti dakwaan MPAJ.
Sistem saliran tidak sempurna di kawasan pangsapuri mewah di Hulu Klang dan sistem perparitan yang tidak dikendalikan dengan sistematik. Proses pembersihan dengan menebang pokok membabitkan sebahagian kawasan di situ menyebabkan ia membentuk sasaran saliran dari atas bukit terus ke kawasan berhampiran dan pangsapuri berkenaan. Rakaman video 10 minit tahun 1992 menunjukkan air mengalir turun dari lereng bukit ke keliling kondominium Highland Towers ketika hujan lebat, setahun sebelum tragedi. Air membuak dari lereng bukit menuju ke arah Blok C kondominium dan tingkat paling bawah tempat letak kereta blok itu telah dibanjiri tanah lumpur. Longkang untuk mengalirkan air daripada paip pembentung di lereng bukit ke parit utama di hadapan blok Highland Towers tidak dibina. Ahmad Zaini Mohd Yusof selaku bekas pegawai daerah menyatakan Majlis Daerah Gombak (MDG) tidak menghentikan kerja pembinaan kondominium Highland Towers walaupun pemaju gagal mengemukakan pelan saliran untuk mengalirkan air dari kawasan itu ke Sungai Ulu Klang.[2] Pemilik lot kosong di belakang kondominium Highland Towers, Arab-Malaysian Finance Bhd (AMFB), tidak mengadakan sistem saliran sementara kerana ia menunggu sistem induk yang akan dibina untuk keseluruhan kawasan itu.
Topografi kawasan itu yang berbukit, keadaan geologi dan jenis tanah yang tidak stabil juga menggalakkan berlaku tanah runtuh. Pakar geologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Ibrahim Komoo menyatakan tanahnya bukan batu yang kuat tetapi tanah bercampur pasir. Ini termasuklah Bukit Antarabangsa, Taman Tun Abdul Razak, Taman Hillview dan Bukit Indah.
Gaya hidup mereka yang memiliki taraf ekonomi dan sosial yang tinggi berbangga menghuni di kawasan lereng, cerun dan tanah tinggi. Mereka membeli dan membina kediaman mewah di kawasan tersebut walaupun nampak hebat sama ada disedari atau tidak seperti pelaburan jangka panjang untuk membunuh diri dan ahli keluarga sendiri. Apabila permintaan tinggi maka pihak pemaju sebagai golongan kapitalis yang hanya mementingkan keuntungan tidak 'gila' untuk berlumba-lumba membina kawasan perumahan di tanah tinggi.
Pembinaan bangunan rancak dan tiada pemantauan cerun oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya. Pemaju perumahan melobi hendak memajukan cerun skala 3 dan skala 4 dengan alasan akan menggunakan teknologi penampan cerun yang terkini. Cerun bukit ditarah secara melampau , pokok-pokok yang menjadi pasak bumi dan rumput tutup bumi tidak dijaga dengan rapi.
Kerajaan negeri Selangor tidak boleh membatalkan kontrak pembangunan yang telah diberikan kepada pihak pemaju kerana ia membabitkan implikasi undang-undang. Pemaju yang kerugian dari segi kos tanah, kos arkitek dan bahan binaan tentu akan menyaman pihak berkuasa. Mereka juga melobi ahli politik agar menekan pegawai daerah, pegawai pejabat tanah dan sebagainya. Mereka lupa bahana yang pasti bakal menimpa 10-20 tahun lagi. Contoh terbaik ialah Taman Pertanian Bukit Cerakah seluas 3,000 ekar di Seksyen U10, Shah Alam telah diagih-agihkan kepada lebih 30 pemaju Kawasan ini adalah bukit-bukit tinggi dan kawasan tadahan air.
Kronologi peristiwa
11 Disember 1993: Pangsapuri Blok A Highland Towers di Taman Hillview, Hulu Klang runtuh pada 1.35 petang. Dr Hui Chan Peng, yang tinggal selama 14 tahun di tingkat empat Blok A kondominium 12 tingkat itu menyatakan dia kembali dari kerja pada jam 1.30 petang, lima minit sebelum tragedi itu berlaku. Dia yang sedang berbual dengan Puan Abraham, terdengar bunyi gegaran dan tiba-tiba batu besar bergolek ke arahnya. Surirumah Leela George (39) menyatakan dia mendengar bunyi kuat seperti `dentuman logam' jam 1.30 tengah hari dari arah belakang blok A.
124 anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan kira-kira 30 anggota tentera dan jurutera dari Kem Batu Cantonment dan Kem Wardieburn membantu mencari . Ratusan anggota polis, bomba dan pasukan penyelamat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) , sukarelawan PBSMM datang lebih awal.
Pasukan penyelamat ternampak sebatang kayu terjuih keluar dan begoyang. Pembantu rumah seorang penghuni kondominium di Tingkat 7, Umi Rashidah Khoruman, 22, dan anaknya, Nur Hamidah Najib, 18 bulan diselamatkan.
Nakajima Shizue, 50wanita rakyat Jepun turut diselamatkan daripada runtuhan itu tetapi meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) jam 12 tengah malam. Dr Shahrum Abdul Wahid dari HKL menyatakan Nakajima mengalami pendarahan dalam yang teruk.
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad , Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ramai menteri kabinet datang menjenguk.
12 Disember: Penghuni Blok B dan C Highland Tower di Taman Hillview, Hulu Klang diarah mengosongkan rumah mereka kerana tidak selamat. Pasukan mencari dan menyelamat dari Britain dan Amerika Syarikat tiba untuk membantu. Helikopter Nuri dan Alouette milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membuat tinjauan udara.
13 Disember: Sekumpulan anggota penyelamat Perancis bersama dua anjing pengesan turut menyertai operasi.Mereka menggunakan teknologi pengesan degup jantung dan menebuk lubang 4.5 meter dalam. Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan khusus untuk menangani semua masalah berhubung tragedi Pangsapuri Highland Towers.
15 Disember: Pasukan penyelamat menjumpai enam mayat termasuk dua yang hancur menjadi cebisan daging dan tengkorak dalam runtuhan itu. Antara yang dijumpai lengan kanan yang mempunyai gelang, satu tengkorak dan cebisan daging serta serpihan tulang. Empat mayat reput itu dipercayai dua rakyat Korea dan dua rakyat tempatan. Pasukan penyelamat memutuskan untuk menggunakan mesin pemecah konkrit dan keluli serta jentolak untuk mengangkut runtuhan konkrit bagi membuka laluan .
16 Disember: Umi Rashidah dan Nur Hamidah dibenarkan keluar daripada HKL.
17 Disember: Jawatankuasa Khas Kabinet bersetuju dengan cadangan penyelamat supaya operasi menyelamat mangsa hidup dihentikan.
18 Disember: Pasukan penyelamat menemui enam lagi mayat termasuk mayat seorang kanak-kanak.
19 Disember: Pasukan penyelamat menemui tiga mayat iaitu satu mayat wanita reput terbenam kira-kira lapan meter di tempat letak kereta jam 7 malam. Mayat kedua, juga wanita ditemui jam 8.30 malam berdekatan mayat pertama manakala mayat ketiga dipercayai lelaki jam 10.15 malam.
20 Disember: Setakat ini, 25 mayat termasuk seorang yang memeluk al-Quran ditemui di tingkat 12. Turut ditemui mayat seorang wanita yang memakai sari dan sedang memeluk seorang kanak-kanak dipercayai anaknya.
21 Disember: Operasi mencari dan menyelamat diteruskan dan polis mengesahkan 48 mayat ditemui daripada runtuhan pangsapuri Highland Towers. Daripada jumlah itu, 37 mayat ditemui sempurna, sembilan bahagian badan dan 10 cebisan anggota iaitu tangan, kaki, kepala serta paha. J
22 Disember: Operasi mencari dan menyelamat dihentikan.
Dr Nik Ramlan Nik Hassan dilantik menjadi pengerusi Jawatankuasa Teknikal Menyiasat Tragedi Highland Towers. Kondominium itu dimiliki dan dimajukan oleh Highland Properties Sdn Bhd.
14 Oktober 1997 , Bekas presiden Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM), Henry Lee Inn Seong, memberitahu Mahkamah Koroner Kuala Lumpur bahawa pelukis pelan pangsapuri Highland Towers yang runtuh tidak mempunyai kelayakan bagi bangunan setinggi 12 tingkat. Beliau menyatakan pelukis pelan itu, Wong Tin Sang, hanya mempunyai kelayakan untuk mendirikan bangunan tidak melebihi 300 meter persegi atau 3,000 kaki persegi atau tidak melebihi dua tingkat.
14 November 1997 , Koroner Mohd Radhi Abas dari Mahkamah Koroner Kuala Lumpur memutuskan tragedi Highland Towers bukan disebabkan sebarang unsur jenayah dan bencana alam, tetapi adalah satu kejadian nahas dan kecederaan berganda yang menimpa mereka selepas pangsapuri terbabit runtuh. Ia "bukan satu bencana alam semula jadi".
Saman dikemukakan oleh 73 pemilik blok dua dan tiga pangsapuri Highland Towers dan perbicaraan diadakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk James Foong. Saman terhadap pemaju dan sembilan lain bagi kerugian yang dialami antara RM31 juta hingga RM35 juta. Kumpulan itu menyaman Highland Properties Sdn Bhd, pelukis pelan Wong Tin Sang, jurutera Wong Yuen Kean, Majlis Perbandaran Ampang (MPAJ), Arab- Malaysian Finance Berhad, Tropic Developments Sdn Bhd dan Metroplux Sdn Bhd. Gambar yang dirakam oleh Bruce Aaron Mitchell (49), bekas juruterbang Tentera Marin Amerika yang mengambil 8 keping gambar dari tingkap bilik pangsapuri kawannya di Blok C menjadi bukti dalam kes saman terhadap 10 pihak. Gambar itu menunjukkan tanah runtuh dan runtuhan kondominium Blok A di saat-saat tragedi itu . Pengurus Projek Micheal Patrick Rickard , penghuni di Blok C mendakwa rompakan bermula ketika operasi menyelamat mangsa yang pada masa itu dipercayai masih hidup dan terperangkap di bawah runtuhan bangunan Blok C yang runtuh pada 11 Disember, 1993. Padahal bangunan yang dikosongkan itu dikawal oleh tentera dan polis. Bekalan air dan elektrik terputus selepas blok satu runtuh.
8 Ogos 2002: Hakim Datuk James Foong di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di Wisma Denmark, Jalan Ampang memutuskan 7 daripada 10 pihak yang disaman 60 penghuni, waris dan keluarga mangsa tragedi Highland Towers sebagai cuai.Laporan penghakiman 162 muka surat itu mengembirakan Dr Benjamin George selaku pengerusi Persatuan Penduduk dan Pemilik Highland Towers.
4 Disember 2002: Arab-Malaysian Finance Bhd (AMFB) merayu kepada Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Lamin Yunus yang bersidang bersama Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mokhtar Sidin dan Datuk Mohd Saari Yusoff berkaitan pampasan yang perlu dibayar. Di Mahkamah Rayuan, 3 hakim diketuai Datuk Gopal Sri Ram bersama Datuk Richard Malanjum dan Datuk Wira Ghazali Mohd Yusoff memerintahkan 3 pihak yang cuai supaya membayar gantirugi. Iaitu MPAJ 15 %, , jurutera Wong Yuen Kean 10 %, Arab-Malaysian 30 % , Metrolux Sdn. Bhd. dan MBF Property Services Sdn. Bhd. 20 % .
2004 : Akhirnya diluar mahkamah , AmFinance Bhd setuju membayar RM52 juta kepada 139 plaintif yang diketuai oleh Dr Benjamin George.
18 Februari 2006 : Mahkamah Persekutuan sebulat suara memutuskan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) , Majlis Daerah Gombak (MDG) atau mana-mana kerajaan tempatan mempunyai kekebalan dan dilindungi Seksyen 95 (2) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 daripada sebarang tuntutan sebelum runtuhan. Tan Sri Steve Shim Lip Kiong , Datuk Abdul Hamid Mohamad dan Datuk Arifin Zakaria memutuskan MPAJ tidak bertanggungjawab terhadap kerugian sebelum dan selepas kondominium itu runtuh. Kerajaan tempatan ditugaskan menjalankan beberapa tanggungjawab termasuk menyedia dan menyelenggara tempat rekreasi, memungut sampah, menyediakan kenderaan awam, menyedia rumah untuk setinggan dan banyak lagi serta harapan orang ramai adalah tinggi. Ini adalah tanggungjawab sosial kepada pembayar cukai di kawasan mereka dan sumber kewangannya hanya melalui cukai taksiran dan bayaran lesen.










.jpg)
.jpg)
.jpg)


.jpg)