Home » » Gambar : Polis Tumpaskan Sindiket Rakam Nombor Pin Di Mesin ATM

Gambar : Polis Tumpaskan Sindiket Rakam Nombor Pin Di Mesin ATM

Written By Berita Setiap Hari on Thursday 26 December 2013 | 18:10


Nampaknya, orang ramai perlu lebih berhati-hati dan ekstra awas apabila melakukan sebarang urusan terutama melibatkan wang ringgit.
Hal ini kerana penipu zaman sekarang semakin canggih dengan penggunaan pelbagai alatan moden.
Kes terbaru, penipuan menggunakan alat ‘skimming panel’ yang dipasang di mesin-mesin ATM.
Alat ini digunakan untuk merakam nombor pin dan nombor kad ATM pelanggan.
Setakat ini pihak polis telah berjaya menumpaskan satu sindiket berkaitan selepas menerima dua aduan berkaitan alat ini yang dipasang di mesin ATM SST di Times Square, Jalan Imbi, Kuala Lumpur dan mesin ATM di KLCC.
Kedua-dua kes yang disiasat di bawah Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan (Cubaan Menipu) ini telah membawa kepada penangkapan seorang warga Poland.
Penipuan dengan modus operandi seperti kes di atas dipercayai didalangi warganegara Eropah.
Hasil pemerhatian CCTV mendapati sindiket ini bergerak secara berkumpulan dan tidak mustahil, penipuan serupa dilakukan di mesin ATM lain.
Justeru orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa peka dan berwaspada jika melihat sebarang alat mencurigakan pada mesin ATM. – mynewshub





Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger