Home » » Pikap misteri bikin kecoh

Pikap misteri bikin kecoh

Written By Berita Setiap Hari on Thursday 26 December 2013 | 17:55


Bukit Kayu Hitam: Kehadiran sebuah kenderaan pikap yang mencurigakan di depan Markas Taktikal Pasukan Gerakan Am (PGA) di sini, apabila ia disyaki dipasang bahan letupan hingga menimbulkan suasana panik dalam kalangan orang ramai yang melalui pintu sempadan Malaysia-Thailand, semalam.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari, pelancong yang mahu memasuki negara ini dan negara jiran tidak berani menggunakan laluan berhampiran pikap berkenaan kerana menyangka ada bom dalam kenderaan itu.
Pasukan keselamatan hanya membuka satu laluan untuk kenderaan dan pejalan kaki bagi mengelak orang ramai menghampiri kawasan itu untuk keselamatan.

Difahamkan, pikap bernombor pendaftaran negara jiran itu diletak 50 meter dari pintu sempadan Malaysia-Thailand itu sejak awal pagi semalam, dan lebih mencurigakan apabila cermin tingkapnya gelap.

Berikutan itu, sepasukan anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Unit Anjing Pengesan (K-9) dan Unit Pemusnah Bom (UPB) dikerah ke lokasi untuk membuat pemeriksaan.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger