Home » » Goyang bukan sebarang goyang!

Goyang bukan sebarang goyang!

Written By Berita Setiap Hari on Friday 27 December 2013 | 18:15



Kuala Lumpur: “Isteri tak tahu....pandai makan pandai simpan dik (adik). Pandai-pandailah kita nak lepaskan diri. Saya selalu cakap ada mesyuarat dan kadang kala nak berjumpa rakan di kedai mamak atau menonton bola (sepak). “Macam-macam alasan boleh guna...janji dapat datang sini. Tapi kena pandailah buat mereka (isteri) percaya,” kata seorang lelaki separuh umur pelanggan sebuah kelab dangdut di ibu negara yang diibaratkan ‘syurga’ buat mereka untuk berhibur selain menagih belaian manja pelayan wanita di premis berkenaan. Dia yang memperkenalkan dirinya sebagai Rosli, 54, ketika berbual dengan wartawan berkata, setiap hujung minggu dia pasti datang ke pusat berkenaan tanpa pengetahuan isterinya. “Saya datang berhibur, sebab saya suka menari. Jadi, di sinilah tempat terbaik buat saya dan golongan sebaya yang lain. Harga minuman pun murah...layanan wanita (pelayan) juga baik,” katanya sambil menunjukkan isyarat tangan tanda bagus, ala watak Pak Maun yang dilakonkan oleh Allahyarham Mahmud June, dalam filem Nasib Do Re Mi arahan Allahyarham Tan Sri P Ramlee, tanpa menjelaskan lanjut jenis layanan diberikan wanita di pusat hiburan itu. Rosli terdiam seketika apabila wartawan bertanya adakah isterinya tahu kedatangannya di tempat berkenaan sebelum berkata, dia sudah ‘menguruskan’ wanita (isteri) itu dengan baik sebelum mengakhiri perbualan.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger