Home » » Padah cium kekasih rakan

Padah cium kekasih rakan

Written By Berita Setiap Hari on Friday 27 December 2013 | 18:03


KUALA LUMPUR – Gara-gara mencium kekasih rakannya, seorang pelajar warga Pakistan dipenjara sehari dan didenda RM1,800 oleh mahkamah majistret di sini, semalam, selepas mengaku melakukan kesalahan itu empat bulan lalu.
(Gambar Hiasan)
Majistret Erry Shahriman Nor Aripin turut mengarahkan Syed Hassan Lal Gilani, 24, menjalani hukuman penjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda itu.
Berdasarkan pertuduhan, Syed Hassan didakwa menggunakan kekerasan jenayah untuk mencabul kehormatan dengan mencium pipi wanita berusia 24 tahun di sebuah rumah di Danau Idaman Kondo, Taman Desa, Jalan Klang Lama, kira-kira jam 10.55 pagi, 30 Ogos lalu.
endakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dengan denda, sebat, atau dua daripada seksaan itu jika disabit kesalahan, menurut sumber Sinar Harian.
Tertuduh yang diwakili peguam S Seelan memohon hukuman penjara sehari diberikan ke atas anak guamnya kerana menyesal  dengan perbuatannya dan telah direman 18 hari sebelum dituduh.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger