Home » » Mat Bangal rogol ibu beranak dua

Mat Bangal rogol ibu beranak dua

Written By Berita Setiap Hari on Wednesday 25 December 2013 | 19:44


PETALING JAYA 24 Dis. - Seorang pekerja restoran warga Bangladesh dihukum penjara 20 tahun dan sebatan 16 kali oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku merogol dan merompak seorang ibu beranak dua, tahun lalu.

Hakim Rozina Ayob menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Buttu, 42, selepas menerima pengakuan bersalah lelaki itu...

Buttu mengaku merompak sebuah telefon bimbit milik wanita yang berusia 31 tahun itu bersenjatakan sebilah parang di rumah mangsa di Subang dekat sini pada pukul 5.10 pagi, 19 April 2012.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Bagi kesalahan itu, dia dipenjara sembilan tahun dan sebatan enam kali.

Dia juga didakwa mengikut Seksyen 376(2)(b) kanun sama kerana merogol mangsa pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Bagi kesalahan itu, tertuduh dipenjara 20 tahun dan sebatan 10 kali.

Kedua-dua hukuman penjara diperintahkan berjalan serentak bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 15 Oktober lalu.

Menurut fakta kes yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Dalira Din, tertuduh memasuki rumah mangsa ketika mangsa sedang tidur bersama dua anaknya.

Suami mangsa pada ketika itu tiada di rumah kerana belum pulang dari kerja.

Mangsa ditarik keluar ke ruang tamu dan tertuduh yang mengacukan sebilah parang ke badan mangsa kemudian merogolnya sebelum mengambil telefon bimbit mangsa.

Mangsa kemudian pergi ke rumah ibu mertuanya yang terletak berdekatan rumahnya sebelum membuat laporan polis.,,

Tertuduh berjaya ditangkap selepas mangsa mengecam wajah tertuduh dan laporan asid deoksiribonukleik (DNA) darah tertuduh berpadanan dengan DNA sampel cecair yang diambil di kemaluan mangsa.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam bela merayu dikenakan hukuman ringan kerana mempunyai keluarga di Bangladesh.
--utusan
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger