Home » » Pencipta Sejata api AK 47 Meninggal Dunia

Pencipta Sejata api AK 47 Meninggal Dunia

Written By Berita Setiap Hari on Wednesday 25 December 2013 | 21:07


Moscow – Mikhail Kalashnikov mulanya mahu mencipta alat pertanian sebelum menghasilkan raifal AK-47, senjata api paling popular dunia.
Pertumpahan darah ketika Perang Dunia apabila tentera Nazi Jerman menyerang Soviet Union menjadi punca beliau mengubah cita-cita awal menjadikannya terkenal seperti nama satu lagi senjata api, pistol Smith, Wesson dan Colt.
Bentuk unik raifal ‘Kalashnikov’ kerap boleh dilihat di bendera atau cenderamata.
Kalashnikov meninggal dunia kelmarin pada usia 94 tahun di sebuah hospital di Izhevsk, ibu kota Republik Udmurtia, kata jurucakap kerajaan, Viktor Chulkov.
Punca kematian tidak diterangkan. Kalashnikov masuk hospital untuk rawatan kesihatan tidak diketahui lebih sebulan lalu.
Tidak terkesan
Kalashnikov sering berkata, beliau tidak terganggu dengan ciptaannya itu yang menyebabkan kematian.
“Saya tidur nyenyak. Ahli politik yang perlu dipersalahkan kerana gagal mencapai persetujuan dan memilih keganasan,” katanya kepada media pada 2007.
AK-47 atau ‘Avtomat Kalashnikov’ dan sejak dikeluarkan adalah senjata api paling laris kerana digunakan gerila, pengganas dan askar banyak negara. Ada kira-kira 100 juta AK-47 di seluruh dunia.
Meskipun tidak begitu menepati sasaran, bentuk dan kelasakannya menyebabkan ia disukai ramai kerana boleh digunakan dalam suasana sejuk atau panas.
“Ketika Perang Vietnam, tentera Amerika akan membuang raifal M-16 untuk mendapatkan AK-47 dan pelurunya daripada mayat askar Vietnam,” kata Kalashnikov pada Julai 2007 di majlis menyambut ulang tahun ke-60 senjata itu.
Kesesuaiannya dalam perang di hutan dan padang pasir menyebabkan dipilih pemberontak Dunia Ketiga disokong Soviet Union untuk mengedarkannya secara meluas dan memberi lesen kepada 30 negara lain.
Status raifal itu di kalangan penyokong revolusi dan kemerdekaan paling ketara di Mozambique yang meletakkan dalam bendera negara berkenaan.
Kalashnikov dilahirkan dalam keluarga petani di Siberia dan mula bekerja sebagai kerani. – AP
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger