Tuesday, 10 December 2013

Penumpang maut tersepit dalam kemalangan


LAHAD DATU: Seorang maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis D-Max dan kenderaan jenis Land Cruiser di Batu 8 Jalan Lahad Datu-Sandakan, di sini, pagi kelmarin.
Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Lahad Datu, PBK ll Abu Bakar Taraji berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 10.27 pagi dan mengerahkan anggotanya bersama sebuah jentera bergegas ke tempat kejadian.
“Sebaik tiba pada jam 10.46 pagi, kita mendapati terdapat seorang lelaki dewasa yang duduk di bahagian penumpang sebelah hadapan telah tersepit.
“Kita terpaksa mengambil masa kira-kira 15 minit bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum pegawai perubatan hospital mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.
--theborneopost