Home » » Bersahabat dengan harimau

Bersahabat dengan harimau

Written By Berita Setiap Hari on Tuesday 28 January 2014 | 15:02


MALANG, Indonesia – Seorang pelajar Islam, Abdullah Sholeh, 33, mula berkawan dengan seekor harimau Benggala, Mulan sejak ia berusia tiga bulan di kampung Dilem, timur Jawa di sini,” lapor akhbar MailOnline semalam.
Penjaga Mulan, Noer Muhammad Sholeh, 51, meminta Abdullah untuk menjaga harimau itu ketika ia berumur tiga bulan.
Sejak dari itu, Abdullah sentiasa tidur, bermain, dan bergurau dengan harimau tersebut.
Pasangan itu tidak boleh dipisahkan sehinggakan Abdullah sering tidak tidur di katilnya semata-mata mahu tidur di sebelah kandang harimau peliharaannya.
Mulan kini seberat 178 kilogram dengan panjang tiga meter termasuk ekor serta setinggi satu meter.
Bagaimanapun, untuk tujuan keselamatan, penduduk kampung terpaksa memasang palang-palang besi untuk memisahkan pasangan tersebut apabila mereka berada bersama di dalam kandang.
Mulan makan sebanyak enam kilogram daging ayam atau kambing sebanyak dua kali sehari, menurut sumber Agensi.

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger