Home » » Didakwa cuba bakar janda dan 2 anak

Didakwa cuba bakar janda dan 2 anak

Written By Berita Setiap Hari on Wednesday 29 January 2014 | 04:39

Kuala Lumpur: Seorang mekanik di sebuah kedai basikal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tiga pertuduhan masing-masing cubaan membunuh seorang janda dan dua anak perempuan wanita itu dengan membakar mangsa di Perumahan Awam, Desa Rejang, Setapak, minggu lalu.
Tertuduh, Mohd Afizi Abdul Rahman, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bache.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Saliza Saidin, 29, Nur Iris Qalisya Mohd Shahril, 2, dan Nur Fazana, dua bulan, di sebuah rumah di PPR Desa Rejang, Setapak Jaya dekat sini, pada jam 1.30 pagi pada 21 Januari 2014.
Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun jika sabit kesalahan.


Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan Zulkifli Osman tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh yang tidak diwakili peguam memandangkan tertuduh mempunyai satu lagi kes lain berkaitan dadah.

Mahkamah kemudian menetapkan 18 Februari ini untuk sebutan semula bagi melantik peguam.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger