Home » » Filem lucah guru, peniaga Pakistan Didakwa

Filem lucah guru, peniaga Pakistan Didakwa

Written By Berita Setiap Hari on Friday 20 December 2013 | 16:13


MELAKA  - Seorang wanita yang merupakan guru penolong kanan di sebuah sekolah di daerah ini bersama seorang lelaki warga Pakistan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membuat rakaman filem lucah...
(Gambar Atas Sekadar Hiasan)
Lizah Buang, 49, dan Muhamad Usman Ali Liqat, 27, yang bekerja sebagai peniaga membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Mohd. Firdaus Saleh...
Mereka berdua didakwa membuat filem lucah yang bertentangan dengan Kesopanan awam di sebuah rumah di Pangsapuri Bukit Beruang Utama di sini pada pukul 8.30 pagi, 16 November lalu.
Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 5(1)(b) Akta Penapisan Filem 2002 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM10,000 atau tidak lebih RM50,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali...
Timbalan Pendakwa Raya, Norshazwani Ishak mencadangkan jaminan RM3,000 kepada Lizah namun tiada jaminan dicadangkan oleh pendakwaan terhadap warga asing itu.
Lizah bagaimanapun merayu jumlah jaminan dikurangkan kerana suaminya sedang sakit dan hanya dia yang bekerja untuk menanggung enam orang anak.
Muhamad Usman pula merayu supaya dibenarkan ikat jamin kerana perlu menanggung isteri serta keluarganya di Pakistan...
Mohd. Firdaus membenarkan Lizah diikat jamin RM2,500 manakala Muhamad Usman RM10,000 berserta dua penjamin warga tempatan dan perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan sebulan sekali selain pasport antarabangsa diserah kepada mahkamah, menurut sumber Utusan.
Mohd. Firdaus menetapkan 23 Januari 2014 bagi sebutan semula kes untuk kedua-dua tertuduh melantik peguam...

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger