Home » » Guru hukum murid macam lembu diarah tukar sekolah

Guru hukum murid macam lembu diarah tukar sekolah

Written By Berita Setiap Hari on Sunday 26 January 2014 | 06:48


PUTRAJAYA: Seorang guru Bahasa Inggeris sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina, di Sungkai, Perak yang bertindak melampau dengan menghukum anak muridnya seperti lembu pada Khamis lalu menerima hukuman apabila dia diarahkan bertukar sekolah selain turut diberikan surat amaran tegas.

Keputusan itu dibuat Kementerian Pendidikan semalam selepas mengambil kira pelbagai aspek selain menyifatkan hukuman diberikan guru berkenaan dianggap keterlaluan dan tidak wajar dilakukan.
Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Khair Mohamad Yusof berkata, pihaknya sudah meneliti hasil siasatan dibuat Jabatan Pendidan Perak sebelum membuat keputusan untuk menukarkan guru berkenaan ke sekolah lain.

Beliau berkata, kementerian juga sudah mengarahkan Pengarah Pendidikan Perak supaya mengeluarkan surat amaran tegas kepada guru berkenaan kerana bertindak secara keterlaluan mendenda hanya kerana murid berkenaan tidak menyempurnakan kerja sekolah.


Harian Metro hari ini melaporkan hukuman tidak masuk akal itu dikenakan terhadap dua murid tahun empat hanya kerana mereka gagal menyiapkan kerja sekolah diberi.
Terkejut selepas mengetahui mengenai kejadian itu, ibu seorang daripada mereka membuat laporan di Balai Polis Sungkai, kelmarin.
-Harian Metro
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger