Home » » Anak maut, menantu kaku

Anak maut, menantu kaku

Written By Berita Setiap Hari on Saturday, 8 February 2014 | 03:37


BATU PAHAT: Seorang wanita ditemui mati dengan kesan kelaran di leher dipercayai perbuatan suaminya sendiri di rumah mereka di Taman Setia Jaya, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 8.30 pagi itu, mangsa, Tan Wei Qi, 37, disahkan maut di lokasi kejadian akibat parah dan mengalami pendarahan teruk.
Bapa mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Tan, 60-an, berkata, dia pergi ke rumah anaknya kira-kira 9 pagi.

Menurutnya, dia tergerak hendak ke rumah mangsa selepas mendapati anak dan menantunya gagal dihubungi sejak awal pagi semalam.


Tan berkata, dia masuk ke dalam rumah dan mendapati anaknya sudah tidak sedarkan diri manakala menantunya dalam keadaan ketakutan.


Tan kemudiannya menghubungi polis memaklumkan kejadian.
--Harian Metro
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger