Penyokong berbalas baling objek
Written By Berita Setiap Hari on Friday, 7 February 2014 | 19:36
KUANTAN: Suasana tegang berlaku di luar Stadium Darul Makmur berikutan provokasi antara penyokong Pahang dan Johor Darul Ta'zim (Johor DT) sebaik perlawanan tamat, malam tadi.
Difahamkan, situasi berlaku apabila penyokong Johor DT cedera, dipercayai akibat dibaling objek keras.
Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dikatakan mengambil hampir setengah jam untuk mententeramkan keadaan.
Situasi kembali tenang apabila penyokong Johor DT diiring masuk ke bas masing-masing. Tiada tangkapan dibuat.
Polis turut mengesahkan tiada sebarang tangkapan dilakukan walaupun tercetus insiden pergaduhan antara penyokong Pahang dan Johor DT.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Aziz Ahmad, berkata kekecohan yang tercetus sebaik wisel penamat dibunyikan hanya berunsur provokasi dengan kedua penyokong saling membaling objek.
Namun, kecekapan kira-kira 500 anggota polis yang ditempatkan di stadium dapat mengawal keadaan daripada tercetus kejadian tidak diingini.
"Kekecohan hanyalah berpunca daripada provokasi kedua-dua penyokong menyebabkan beberapa individu tercedera.
"Sehingga ini, tiada tangkapan dibuat namun ada beberapa individu diberi amaran kerana cuba mencetuskan ketegangan," katanya ketika ditemui, di sini.
Pada perlawanan itu, Pahang melakar kejutan apabila menumpaskan Johor DT
3-2.
Mohd Hafiz Kamal menjadi wira skuad Tok Gajah selepas menjaringkan gol
kemenangan pada minit ke-92 menerusi tandukan hasil sepakan percuma pemain
tengah, Azidan Sarudin.
Kedua-dua pasukan sebelum ini terikat 2-2 dengan gol Pahang dijaringkan Matias Conti pada minit ke-13 dan Fauzi Roslan (47') manakala gol skuad 'Harimau
Selatan' dijaringkan Pablo Aimar (45+2') dan Mohd Safee Sali (72').
--Hmetro
Share this article :
Related Articles
- Terengganu vs Lions 2015 Rakaman Video Penyokong Terengganu Merusuh Di Stadium Gong Badak
- PEMAIN bola sepak Jerman Danny Blum,, mengisytiharkan dirinya memeluk agama Islam
- Arsenal bina surau buat pemain di Stadium Emirates
- Bola sepak boleh mula latihan tanpa sentuhan 15 Jun ini
- Terengganu Hantar Pasukan Wanita Sertai Liga Hoki Malaysia Tahun Depan
- Sasaran 15,000 Pengunjung Untuk “TERENGGANU INTERNATIONAL BIKE MEET’ – Tengku Zaihan
Labels:
Sukan