Home »
Luar Negara
» Wanita bunuh diri terjun dalam kolam sarat dengan buaya
Wanita bunuh diri terjun dalam kolam sarat dengan buaya
Written By Berita Setiap Hari on Tuesday, 16 September 2014 | 16:46
BANGKOK: Seorang wanita bertindak membunuh diri dengan terjun ke dalam sebuah kolam yang sarat dengan buaya di sebuah taman haiwan tarikan ramai pelancong di pinggir ibu kota Bangkok, lapor AFP.
Menurut polis, kejadian berlaku hanya seketika selepas taman itu dibuka. Selain menjadi ladang ternakan buaya, taman terbabit juga menempatkan zoo dimana pengunjung dibenarkan untuk bergerak bebas dan memberi makan haiwan.
Menurut polis kejadian berlaku Jumaat lalu di Taman Haiwan Samut Prakan dimana wanita terbabit dikatakan terjun dari satu ruang rehat yang mempunyai laluan di bahagian tengah kolam terbabit yang sarat dengan ratusan ekor buaya dewasa.
Menurut saudara wanita terbabit, dia sedang mengalami tekanan dan kemurungan.
Kawalan keselamatan di taman tarikan pelancong itu sememangya longgar dimana adakalanya pagar pemisah hanya berketinggian beberapa kaki bagi membolehkan pengunjung memberi makan haiwan.
--awani
Share this article :
Related Articles
- Parti Gerindra bakal calonkan menantu Jokowi ketua wilayah
- These leaders say Latinos need to acknowledge their racism, too
- Fosil spesies katak langka berusia dua juta tahun ditemui
- Cikgu mogok, polis ganti jadi cikgu
- Peniaga di tangkap kerana jual bangkai ayam
- Pesawat Hercules tentera Indonesia terhempas di Medan, 20 disahkan maut
Labels:
Luar Negara