Home » , » Air Empangan Jajar Besut melimpah ke darat, penduduk mula berpindah (Gambar)

Air Empangan Jajar Besut melimpah ke darat, penduduk mula berpindah (Gambar)

Written By Berita Setiap Hari on Tuesday 3 January 2017 | 01:01


Hulu Besut – Anggota bomba mula memindahkan penduduk di kawasan berhampiran secara berperingkat-peringkat termasuk orang tua, kanak-kanak dan wanita selepas air di Empangan Jajar telah melimpah ke kawasan darat.

Jumlah mangsa di Kampung Padang Buluh dipindahkan lebih 59 org ke pusat permindahan Masjid Gong Duek dan ia dilaporkan semakin meningkat menjelang petang kerana air sungai dan empangan telah melimpah keluar.
Pihak bomba memberitahu paras air semakin naik di kawasan rendah.

Exco Kerajaan Negeri merangkap Adun Hulu Besut YB Nawi Mohammad turut berada di pusat permindahan banjir Masjid Gong Duek bersama mangsa yang dipindahkan.

Sementara itu menurut Harian Metro lebih 10,000 penduduk Hulu Besut terputus hubungan dengan Bandar Jertih apabila jalan utama Jertih-Keruak ditenggelami air sedalam dua meter hari ini.

Ia membabitkan penduduk dari Kampung Keruak, Kampung La, Pancur, Felda Tenang, Bukit Payong, Pasir Akar, Padang Bual dan Seberang La.

Hujan lebat sejak pagi semalam menyebabkan empat jambatan iaitu Jambatan Sungai Jerbung, Batu 13, Bekok dan Kampung La ditenggelami air sedalam dua meter sebelum laluan berkenaan ditutup kepada semua kenderaan sejak jam 8 pagi tadi. – Terengganu Times






kredit gambar  =Tg Shariffa Tg Achmed









Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger