Bomba bantu pindahkan 4 mangsa banjir
Written By Berita Setiap Hari on Monday, 2 January 2017 | 23:26
TANAH MERAH - Wanita mengandung lapan bulan antara empat mangsa banjir di Kampung Kusial Baru yang dipindahkan Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam satu operasi menyelamat, di sini, hari ini.
Nursharifa Nasron yang hamil anak sulung dipindahkan sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah dalam operasi bermula jam 10 pagi dan berakhir dua jam kemudian.
Turut dipindahkan ibu Nursharifa, Bidah Hassan, 80, yang mengalami sakit tua, Siti Fatimah Jabar, 56, yang menghidap darah tinggi dan sakit lutut serta penghidap penyakit angin ahmar, Rogayah Awang, 70.
Rogayah berkata, dia terpaksa meminta bantuan bomba untuk keluar dari rumahnya yang kini terkeoung banjir kerana perlu hadir temu janji dengan doktor bagi rawatan penyakitnya di Kota Bharu, esok.
"Makcik keluar awal sebab bimbang esok air banjir makin naik, lagi sudah nak keluar," katanya yang hanya tinggal berdua bersama suaminya, Yusoff Salleh, 71.
Menantu Siti Fatimah, Mohd Sopi Ali, 47, pula berkata, ibu mentuanya dipindahkan lebih awal kerana bimbang keadaan banjir bertambah teruk.
"Sekarang ini, rumah dia sudah terkepung dan jadi macam pulau kerana dikelilingi air. Kami akan bawa dia ke rumah saya di Machang," katanya.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Penolong Penguasa Bomba, Hanaffi Mohd berkata, operasi disertai tiga anggota balai berkenaan dan dua anggota bomba sukarela.
Katanya, operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan 1, Disagarmani Mustafa itu mengambil masa agak lama kerana banyak halangan untuk masuk ke kampung berkenaan.
"Pasukan operasi bertolak dari Chekok Ipoh dan terpaksa melalui kawasan ladang kelapa sawit untuk sampai ke lokasi," katanya.
Share this article :
Related Articles
- Terengganu buka semula aktiviti, pelancongan negeri
- Terengganu benar solat lima waktu berjemaah di semua masjid
- Sultanah Terengganu Saman editor Sarawak Report
- Seorang lagi wanita di jatuhi hukuman Sebat Syarie di terengganu
- Warga emas rugi RM50,000 diperdaya Macau scam
- Pembeli getah ditemui tidak sedarkan diri
Labels:
Edisi Timur,
Laporan Banjir